fbpx
More

    Pra-tempah HONOR Magic4 Pro habis dijual, jualan pasaran pada 11 Jun 2022 dengan tawaran menarik

    HONOR Magic4 Pro yang dilancarkan pada 1 Jun lepas dengan promosi pra-tempahannya telah mendapat sambutan yang menakjubkan. Pra-tempah menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS3.

    Sekiranya anda terlepas pra-tempahan tersebut, anda boleh membeli HONOR Magic4 Pro pada 11 Jun 2022 sempena jualan pelancarannya. Terdapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207, HONOR Earbuds 3 Pro, satu tahun waranti lanjutan dan enam bulan perlindungan skrin retak.

    Skrin HONOR Magic4 Pro menyokong teknologi LTPO dengan 1,920Hz PWM Dimming memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa untuk mata pengguna. Selain itu, Ia hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G untuk prestasi yang lancar dan cekap.

    Daripada segi kamera, peranti membawa kamera utama 50MP yang memuatkan sensor warna 1/1.56 inci + kamera ultra lebar 50MP 122 darjah + kamera telefoto periskop 64MP. Pengecasan HONOR SuperCharge berwayar 100W boleh mencapai 100% dalam hanya 30 minit dengan bateri berkapasiti 4,600mAh. 

    Ia merupakan telefon pintar pertama yang menyokong pengecasan wayarles 100W menerusi teknologi HONOR SuperCharge dan kapasiti bateri boleh mencapai 50% dalam masa 15 minit. Ia juga telah disahkan dilengkapi dengan Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS).

    Peranti dilengkapi dengan ciri AI Privacy Call yang pertama dalam industri. Teknologi ini tersebut menggunakan Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar yang memerlukan alat konduksi tulang khas bagi menyelesaikan masalah ketirisan bunyi dalam telefon pintar.

    Untuk maklumat terbaharu HONOR Magic4 Pro, anda boleh layari laman web rasmi HONOR Malaysia atau lawati Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X