More

    Pulau Pinang lancarkan stesen pengecasan e-motosikal secara percuma, 9 lokasi di seluruh pulau

    Kerajaan negeri Pulau Pinang bersama Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam proses menyediakan sembilan stesen pengecas motosikal elektrik (e-motosikal) di sekitar pulau itu. Buat permulaan, hanya tiga stesen beroperasi setakat ini.

    Tiga stesen tersebut terletak di Astaka Persiaran Gurney, kompleks makanan Medan Renong (Padang Kota Lama) dan Astaka Batu Lanchang. Enam lokasi lain yang akan beroperasi dalam masa terdekat ialah kompleks 1st Avenue, kompleks MBPP Lebuh Pantai, kompleks Desiran Tanjung (Tanjong Tokong), kompleks Sri Selera Bayan Baru, Kompleks Bukit Jambul dan kompleks makanan Bukit Gedung.

    Setiap lokasi pengecasan akan mempunyai dua tempat letak motosikal awam yang dikhaskan untuk tujuan ini. Untuk pengetahuan, semua stesen pengecasan adalah percuma untuk kegunaan awam. Langkah ini bertujuan mempromosikan penggunaan e-motosikal selaras dengan visi Pulau Pinang untuk mengurangkan jejak karbon sebanyak 50% menjelang 2030.

    Tambahnya, kerajaan negeri juga mengalu-alukan pengeluar e-motosikal tempatan dan syarikat penghantaran barangan/makanan untuk bekerjasama dalam menyediakan lebih banyak stesen pengecasan e-motosikal percuma bagi menggalakkan orang ramai beralih kepada kenderaan sifar pelepasan karbon.

    Pada masa ini, kadar penggunaan motosikal di Pulau Pinang dianggarkan sekitar sejuta unit tetapi kurang daripada 1% daripadanya adalah motosikal elektrik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Facebook MBPP

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured