More

    UK tidak sertai perjanjian EU untuk menggunakan pengecas USB-C bagi setiap peranti

    Dua hari lalu, Kesatuan Eropah (EU) membuat perjanjian untuk menukar pengecas semua peranti elektronik kepada USB-C pada tahun 2024. Hal ini tidak dikecualikan bagi peranti Apple di mana siri iPhone 16  mungkin akan memulakan reka bentuk pengecasan baharu. Namun, kerajaan United Kingdom (UK) mungkin tidak mempertimbangkan hal ini untuk mengikut jejak EU.

    Peraturan yang akan datang akan dikenakan kepada Ireland Utara berikutan status Brexit UK. Laporan parlimen dari Disember 2021 mengatakan bahawa gantian baharu ini akan dikenakan pada peranti yang dijual di bawah syarat protokol Ireland Utara dalam perjanjian Brexit. Ini berpotensi mencetuskan perbezaan piawaian produk dengan seluruh UK.

    Selain iPhone dan iPad, peranti lain seperti komputer riba, tablet, fon kepala, konsol video game dan pembesar suara mudah alih turut ditukar kepada USB-C. Langkah itu membantu pengguna dan mengurangkan sisa elektronik yang tidak digunakan.

    Semasa perjanjian, pelan itu termasuk hak pengguna untuk mempunyai kabel pengecasan akan disediakan di dalam kotak ataupun tidak. Walaupun perjanjian itu memihak kepada EU, ia masih perlu melalui Parlimen Eropah dan Majlis Menteri dalam beberapa bulan akan datang untuk diluluskan dan diterbitkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: BBC

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...