fbpx
More

    Samsung, Xiaomi dan OPPO adalah jenama telefon terlaris di Malaysia

    Firma analisis International Data Corporation (IDC) telah mengeluarkan data baharu berkenaan penjualan telefon pintar di Malaysia sepanjang suku pertama 2022, di mana ia mencatatkan penurunan jualan telefon berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.

    Menurut IDC, jualan telefon pintar pada suku pertama 2022 di Malaysia adalah sebanyak 2.312 juta unit. Sebagai rujukan, ini adalah lebih rendah sebanyak 28.8% daripada suku pertama 2021 yang berjaya menjual sebanyak 3.246 juta unit.

    Penurunan jualan ini adalah kerana masalah bekalan terhadap pengilangan telefon 4G kelas bawahan, terutamanya daripada jenama-jenama China. Selain itu, peningkatan kos sara hidup juga telah mengurangkan permintaan terhadap telefon pintar dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Walaupun jika rakyat Malaysia mempunyai wang yang cukup, mereka lebih cenderung untuk membeli kelengkapan sambutan bulan Ramadhan serta Hari Raya, selepas mereka tidak boleh menyambutnya selama dua tahun. Pelanggan sanggup menunggu promosi lebih murah untuk membeli telefon.

    Daripada segi jenama telefon yang terlaris pula, Samsung berjaya menguasai pasaran Malaysia yang berjaya menjual sebanyak 33.9% daripada seluruh jumlah telefon yang dijual. Siri telefon andalan Samsung Galaxy S22 mendapat sambutan yang baik di Malaysia, manakala siri telefon pertengahan Samsung Galaxy A yang dijual pada harga mampu milik membuatkan lebih ramai pengguna memilih peranti Samsung.

    Ia diikuti dengan Xiaomi (24.3%), OPPO (12.9%), vivo (11.7%) dan realme (7.8%).

    Untuk ramalan sepanjang tahun ini pula, IDC menjangkakan jualan telefon di Malaysia akan berkurang sebanyak 5% berbanding 2021. Ini adalah kerana kekurangan telefon yang murah, kos sara hidup yang meningkat serta rangkaian 5G yang masih belum disambut luas di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IDC

     

    Artikel Terkini

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X