More

    Syarikat induk Proton, Geely lancarkan satelit untuk kereta autonomi sepenuhnya masa hadapan

    Syarikat kereta gergasi China, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely) baru-baru ini telah melancarkan beberapa satelit untuk mengorbit Bumi yang direka untuk kegunaan kereta autonomi sepenuhnya akan datang.

    Satelit itu juga berpotensi digunakan untuk mana-mana kereta autonomi masa depan oleh kereta nasional Malaysia Proton kerana Geely memegang 49.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu. Satelit ini dikendalikan oleh Geespace iaitu anak syarikat aeroangkasa Geely. Selain itu, 9 satelit pertama telah mengorbit di sekitar bumi.

    Geely juga merancang untuk melancarkan 72 satelit menjelang 2025 yang merupakan sebahagian daripada rancangan besar untuk melancarkan 240 satelit dalam masa terdekat. Syarikat itu menegaskan dalam satu kenyataan bahawa satelit akan menyediakan kedudukan tepat dan sokongan sambungan untuk jenama automotif dalam portfolio Geely Holding.

    Tambahan, mereka juga akan menghubungkan data daripada satelit ini dalam penghasilan kenderaan untuk merealisasikan pemanduan autonomi. Walau bagaimanapun, Geely tidak menyatakan jenama kereta mana yang akan menggunakan satelit untuk pemanduan autonomi.

    Antara jenama kereta di bawah syarikat itu termasuk Proton, Volvo, Polestar, Lotus, Geely, Lynk & CO, Geometry, Zeekr dan Smart. Apa pendapat anda tentang perkembangan terbaru Geely ini? Adakah kita akan melihat kereta Proton dengan teknologi autonomi sepenuhnya di jalan raya dalam masa terdekat?

    Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Drive

     

    Artikel Terkini

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    HONOR bakal lancar telefon robot pertama dunia pada 12 Ogos ini

    HONOR mengesahkan pelancaran peranti terbaharu yang dipasarkan sebagai telefon robot pertama di dunia pada 12 Ogos ini. Peranti yang dibangunkan bersama pembuat...

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured