More

    Kajian kenaikan harga semasa anggarkan iPhone mungkin mencecah ~RM26,820 pada 2032

    Memandangkan pengeluar telefon pintar dikuasai oleh Apple dan Samsung, ia menjadi kebiasaan bagi pengguna untuk membeli model andalan yang berharga lebih daripada AS$1,000 (~RM4,445). Menurut analisis oleh Mozillion, iPhone bagi varian teratas boleh berharga lebih daripada $6,000 (~RM26,820) jika trend kenaikan harga semasa berterusan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

    Mozillion melihat perubahan harga sepanjang dekad yang lalu untuk cuba menganggarkan kos telefon baharu pada 2032. Mozillion membuat kesimpulan bahawa memandangkan harga iPhone telah meningkat daripada $199 (~RM884) pada tahun 2012, harga asas iPhone 13 Pro Max pada tahun 2022 tidak akan kurang daripada $1,099 (~RM4,885).

    Ini bermakna harga iPhone telah mencatatkan peningkatan sebanyak 452% dan mengikut angka ini, telefon pintar Apple baharu boleh dijual pada harga $6,069 (~RM26,820) menjelang 2032. Berdasarkan analisis yang sama, model andalan HUAWEI mungkin akan berharga $3,300 (~RM14,671) dalam tempoh 10 tahun manakala peranti Samsung mungkin lebih mampu milik dengan hanya meningkat sebanyak 184%.

    Menjelang 2032, telefon pintar baharu Motorola boleh menelan kos lebih daripada $3,300 (~RM14,671), dengan harga telefon andalan Motorola meningkat daripada $300 kepada $1,000 (~RM4,445) sepanjang dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanya analisis sahaja.

    Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: cnBeta

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured