More

    realme Buds Air 3 dilancar di Malaysia, reka bentuk sepadan dengan GT Neo 3 berharga RM239

    Hari ini, realme melancarkan telefon pintar realme GT Neo 3 dengan reka bentuk menarik. Bukan itu sahaja, mereka turut melancarkan dua lagi produk fon telinga iaitu realme Buds Air 3 baharu dan realme Buds Q2s. Artikel ini akan membincangkan spesifikasi yang dibawa oleh Buds Air 3 baharu.

    Sebelum ini, realme pernah melancarkan Buds Air 3 tanpa sebarang corak pada sarung fon telinga. Sempena pelancaran realme GT Neo 3, realme mengeluarkan Buds Air 3 yang sepadan dengan warna dan reka bentuk telefon seperti jalur lumba kereta. 

    Ia mempunyai Active Noise Cancellation (ANC) dan boleh ditingkatkan sehingga 42dB. Kapasiti bateri tidak didedahkan tetapi realme mengatakan bahawa ia boleh bertahan sehingga 30 jam dengan 100 minit main balik selepas 10 minit pengecasan.

    Fon telinga itu mengekalkan batang silinder manakala sarung pengecas nampaknya mempunyai faktor bentuk yang lebih mendatar. Fon telinga mempunyai pemacu 10mm, mod kependaman (latency) rendah 88ms untuk gaming serta kalis peluh dan air IPX5. 

    Selain itu, ia menampilkan sambungan dwi-peranti yang membolehkan penukaran audio antara peranti lebih lancar. Dengan sokongan audio Dolby, ia memberikan pengalaman yang mengasyikkan ketika mendengar lagu, menonton video dan ketika gaming.

    realme Buds Air 3 edisi realme GT Neo 3 ini berharga RM279 tetapi anda boleh dapatkan peranti ini pada harga RM239 di Lazada sempena promosi pelancarannya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pembelian bundle bersama telefon GT Neo 3 bermula RM1,799 (RRP: RM2,099) di Lazada.

    Promosi pelancaran ini hanya sah bermula pada 15 Jun hingga 17 Jun 2022. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi realme Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...