More

    realme Buds Q2s dilancar di Malaysia: Dolby Atmos, AI ENC dan hayat bateri 30 jam berharga RM99

    Sebagai tambahan dalam acara pelancaran realme GT Neo 3, realme Malaysia juga turut mengeluarkan fon telinga wayarles baharu iaitu realme Buds Q2s berharga RM139. Seperti telefon realme GT Neo 3, realme Buds Q2s juga mempunyai tawaran istimewa dengan pembeli terawal hanya perlu membayar RM99 sahaja.

    Jika anda membeli realme GT Neo 3 bersama realme Buds Q2s, anda boleh mendapat potongan harga sebanyak RM350. Harga realme GT Neo 3 akan menjadi RM1799 dan realme Buds Q2s hanya RM99 bermula dari sekarang hingga 17 Jun di platform Lazada.

    realme Buds Q2s menggunakan reka bentuk kapsul dan perlu dinyatakan bahawa warna dan kemasan fon kepala wayarles ini adalah sama dengan realme GT2 Pro. realme Buds Q2s menggunakan unit gegelung bergerak 10mm yang meningkatkan bass digabungkan dengan ciri peningkatan Bass Boost dan menyokong Dolby Atmos.

    Anda juga boleh memilih pelbagai kesan bunyi seperti ambien dan kesan bunyi pemandangan. Untuk panggilan, realme Buds Q2s menggunakan algoritma pengurangan hingar pintar AI. Berdasarkan keperluan pengguna dalam senario panggilan yang berbeza, ia boleh mengurangkan bunyi ambien di sekeliling dengan berkesan.

    Untuk sesi gaming, realme Buds Q2s mempunyai mod game dengan respon serendah 88ms. Selain itu, teknologi Bluetooth 5.2 mengurangkan masalah seperti lag dan sambungan terputus dengan berkesan.

    realme Buds Q2s dilengkapi dengan bateri berkapasiti 480mAh dan boleh mencapai hayat bateri selama 30 jam. Ia juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas di mana anda perlu mengecas selama 10 minit untuk mendapatkan masa mendengar lagu selama 3 jam.

    realme Buds Q2s menyokong tahap kalis air IPX4 dan fungsi realme Link App. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured