More

    Promosi Samsung untuk bulan Jun ini tawarkan penjimatan sehingga RM360

    Sebelum membuat keputusan untuk membeli peranti atau telefon pintar, kita kebiasaanya akan menunggu tawaran terbaik. Jika anda ingin membeli telefon pintar, TV pintar, Galaxy Buds atau Galaxy Watch, ini adalah masa terbaik kerana Samsung membuat tawaran masa terhad dalam talian sahaja.

    Dapatkan produk Galaxy yang merangkumi telefon pintar, tablet, wearables dan aksesori mudah alih serta nikmati diskaun tambahan RM360 dengan perbelanjaan minimum RM6000. Hanya masukkan kod baucar semasa pembayaran dan anda boleh menikmati penjimatan ini.

    Anda boleh dapatkan harga eksklusif untuk model Samsung Galaxy S22, S22+ dan Ultra 5G terpilih bermula dari 8 Jun hingga 30 Jun 2022. Selain itu, mulai sekarang hingga 30 Jun, pembeli Siri Galaxy S22 akan mendapat Galaxy Buds Live & Camera Filter Mount bernilai RM718 secara percuma.

    Jika anda berminat dengan Monitor Pintar M5 32 inci bernilai RM1,688, anda hanya perlu menambah sebanyak RM300 sahaja. Dari 13 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022, anda boleh mendapat potongan harga sebanyak 32% apabila anda membeli Galaxy A52.

    Untuk maklumat lanjut mengenai promosi bulan Jun ini, anda boleh melawat laman rasmi Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured