More

    iQOO 9T bakal dilancar, tampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan skrin AMOLED

    Nampaknya, terdapat khabar angin mengenai peranti andalan baharu daripada vivo yang akan dilancarkan tidak lama lagi dengan nama iQOO 9T sebagai salah satu daripada barisan iQOO 9.

    iQOO 9T tidak dikecualikan dalam membawa cipset Qualcomm dan sudah pasti ia dilengkapi dengan cipset andalan Snapdragon 8+ Gen 1. Produk ini mempunyai lapan teras sehingga 3.2GHz, grafik Adreno dan modem selular Snapdragon X65 5G.

    Saiz peranti tidak diketahui tetapi ia akan membawa skrin AMOLED dan mungkin kadar penyegaran semula sehingga 120 Hz. Panel peranti dijangka sama ada Full HD+ atau Quad HD+.

    Menurut 91mobiles, peranti akan menyokong pengecasan ultra-pantas 120W dan pengecasan wayarles 50W. Berkemungkinan besar juga, ia dilengkapi dengan RAM 12GB, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari pada skrin dan tri-kamera. 

    iQOO 9T dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai ini. Tambahan lagi, Abishek Yadav telah mendedahkan telefon andalan untuk masa hadapan yang dinamakan iQOO 10 Pro. Telefon ini dijangka akan masuk pasaran tidak lama lagi.

    Seperti biasa, ketibaan peranti ini di Malaysia masih tidak diketahui. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured