fbpx
More

    OPPO Reno 8 Pro varian global muncul di Geekbench, dilengkapi cipset Dimensity 8100

    Bulan lepas, OPPO telah memperkenalkan telefon pintar siri Reno 8 di China. Siri ini terdiri daripada tiga peranti iaitu OPPO Reno 8 Pro+, OPPO Reno 8 Pro dan Reno 8. OPPO Reno 8 Pro+ versi China hadir dengan cipset Dimensity 8100 Max manakala Reno 8 Pro dan Reno 8 masing-masing dilengkapi dengan cipset Snapdragon 7 Gen 1 dan Dimensity 1300.

    Kini, menjelang pelancaran globalnya, Reno 8 Pro telah dilihat pada pangkalan data Geekbench yang menunjukkan bahawa peranti itu akan menampilkan cipset yang berbeza daripada varian China. Menurut penyenaraian, varian global Reno 8 Pro mempunyai nombor model CPH2357.

    Ia dikuasakan oleh cipset yang menampilkan CPU okta-teras dengan empat teras berkelajuan 2.00GHz dan empat lagi mencatatkan kelajuan pada 2.85GHz. Cipset ini juga hadir bersama GPU Mali-G610 MC6 menjadikannya mungkin adalah cipset MediaTek Dimensity 8100 atau 8100 Max.

    Selain itu, penyenaraian GeekBench mendedahkan bahawa OPPO Reno 8 Pro mempunyai RAM 12GB dan sistem operasi Android 12. Dalam keputusan ujian penanda aras Geekbench 5, peranti ini mendapat 898 mata dalam ujian teras tunggal dan 3555 dalam ujian berbilang teras.

    OPPO Reno 8 Pro mungkin mempunyai cipset Dimensity 8100 (Max) dan bukannya cipset Snapdragon Gen 1. Reno 8 Pro mungkin akan dilancarkan sebagai varian global untuk Reno 8 Pro+. Jika ia terjadi, peranti ini akan menampilkan skrin FHD+ 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 950 nits.

    Peranti itu mungkin akan menggabungkan cipset Dimensity 8100 Max dengan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 256GB. Untuk sistem kamera, peranti ini akan menampilkan persediaan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama Sony IMX766 50MP, ultra-lebar 8MP dan makro 2MP.

    Di bahagian hadapan, telefon pintar ini akan mempunyai kamera swafoto Sony IMX709 32MP dan berkemungkinan dilengkapi dengan MariSilicon X NPU. Selain itu, ia akan datang dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 80W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Maxis perkenalkan pas perayauan Arab Saudi khas untuk musim Haji

    Hari ini, Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass iaitu pas perayauan tawaran masa terhad yang direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal...

    Watch Fit 3 rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 1.82″, hayat bateri sehingga 10...

    Selain daripada pengumuman MateBook X Pro, HUAWEI turut melancarkan jam tangan pintar terbaharu Watch Fit 3 untuk pasaran Malaysia. Ia menampilkan badan...

    HUAWEI MateBook X Pro dilancar di Malaysia, miliki Intel Core Ultra 9 dan berat...

    Hari ini, HUAWEI Malaysia mengumumkan HUAWEI MateBook X Pro dan HUAWEI Watch Fit 3 akan tiba di Malaysia pada 13 Mei 2024....

    iPad Pro (2024) dilancar: Rekaan paling nipis, skrin OLED, cip Apple M4 bermula RM5,299

    Selain melancarkan iPad Air yang terbaharu pada hari ini, Apple turut memperkenalkan iPad Pro yang disegarkan semula untuk tahun 2024. iPad Pro...

    iPad Air (2024) dilancar: Skrin 13 inci, cip Apple M2, pembesar suara stereo bermula...

    Pada hari ini, Apple telah memperkenalkan tablet nipis iPad Air yang disegarkan semula untuk tahun 2024 dan ia terdiri daripada dua varian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X