More

    Apple Powerbeats 4 dilancarkan dengan jangka hayat bateri sehingga 15 jam, berharga ~RM649

    Baru sahaja semalam kami memaklumkan tentang kedai terkenal di luar negara, Walmart yang dilihat menjual alat teknologi yang dipercayai Powerbeats 4. Terkini, Apple telah melancarkan headphone wayarles Powerbeats 4 dengan harga $149.95 (lebih kurang ~RM649).

    Headphone ini dihuni cip H1 sama seperti generasi kedua AirPods dan headphone AirPods Pro. Sumber melaporkan anda juga boleh mendapatkan panggilan yang lebih berkualiti dengan pengesan kelajuan akselerometer dan dwi-mikrofon. Untuk memudahkan anda, kami menyediakan senarai spesifikasi Powerbeats 4 untuk rujukan anda.

    Ciri teknologi dan spesifikasi Apple Powerbeats 4:

    • Jangka hayat bateri 15 jam
    • Hadir dengan tiga pilihan warna: Hitam, putih dan merah
    • IPX4 tahan peluh
    • Fast Fuel: pengecasan selama 5 minit memberi jangka hayat Powerbeats selama 1.5 jam untuk fungsi penuh memainkan muzik atau apa-apa audio ketika bateri di tahap yang rendah.

    Apa pun, kami masih belum mendapat maklumat rasmi berkenaan keberadaan Apple Powerbeats 4 di Malaysia. Kami akan memaklumkan kemas kini berita ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat untuk menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured