fbpx
More

    Doodle beri penghormatan kepada mendiang Dr. Lim Boo Liat, ahli pakar zoologi dan mamalia Malaysia

    Doodle ingin memberi penghormatan kepada mendiang Dr. Lim Boo Liat, ahli zoologi dan mamalia dalan carian dan memulihara kepelbagaian biologi Malaysia. 

    Pada tahun 2003, Dr. Lim telah dianugerahkan Keahlian Kehormat daripada American Society of Mammalogists (ASM) atas sumbangan beliau kepada sains mamalogi. Beliau adalah orang Asia Tenggara pertama menjadi Honorary Ahli ASM, anugerah yang bermula sejak 1919.

    Dr. Lim dilahirkan pada 21 Ogos 1926 di Klang, Selangor. Untuk pertama kalinya beliau terdedah kepada haiwan kecil dan serangga semasa di sekolah menengah. Pada tahun 1941, Perang Dunia II terjadi di Malaysia dan Lim hanya 16 tahun ketika itu, terpaksa meninggalkan pengajiannya dan mengambil pekerjaan sampingan untuk menyara keluarganya. Ini membawanya ke Pulau Carey di kawasan pantai Selangor pada tahun 1944, di mana dia berkawan dengan Orang Asli dan belajar untuk mengenal pasti haiwan bersama mereka.

    Selepas perang pada tahun 1947, beliau memohon kerja sambilan sebagai pembantu makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur. Pengetahuan yang beliau belajar daripada Orang Asli turut membantu dalam penyelidikan biologi di bawah mentor mendiang Profesor J.L. Harrison (Zoologi Perubatan) dan mendiang Profesor J.R. Audy (Ahli Ekologi Perubatan) yang khusus dalam hubungan perumah-parasit dalam kajian penyakit zoonosis.

    Pada tahun 1952, beliau dinaikkan pangkat sebagai pembantu makmal tetap dan terlibat dalam beberapa ekspedisi saintifik. Dari 1955 hingga 1969, beliau menerbitkan lebih daripada 80 kertas kerja saintifik mengenai haiwan vetebrata dan mengetuai mengetuai Bahagian Ekologi Perubatan yang baru ditubuhkan di IMR. Beliau menjadi pakar yang diiktiraf mengasaskan konsep ‘pelabelan ekologi oleh corak parasit’ dan diterbitkan dalam Zoological Society of London’s Journal of Zoology pada tahun 1967.

    Beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Aberdeen di Scotland atas saranan profesor dari universiti Eropah walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1972 dan meneruskan menjalankan Bahagian Ekologi Perubatan sebagai ahli zoologi penuh. 

    Dr. Lim menerima PhD dalam Zoologi di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1977 kemudian berkhidmat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Indonesia dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan mengenai subjek seperti wabak, kawalan malaria serta kawalan tikus sehingga bersara pada tahun 1987.

    Walaupun sudah bersara, beliau tetap aktif membantu kajian penyelidikan untuk pelajar di universiti tempatan dan terlibat dalam pemuliharaan sejarah semula jadi dengan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

    Meninggalkan legasi Dr. Lim Boo Liat merupakan inspirasi kepada industri. Digelar sebagai ‘bapa zoologi’, Dr. Lim dan rakan penyelidiknya menemui spesies baharu ular buluh gunung, Macrocalamus gentingensis di Genting Highlands, Pahang yang tidak ditemui di tempat lain di dunia. Hari ini, karya beliau diiktiraf dan telah dipetik dalam banyak jurnal dan penerbitan di seluruh dunia.

    Untuk menghargai sumbangan beliau dalam bidang sains biologi, spesies berikut telah dinamakan dengan nama beliau oleh saintis asing dan tempatan:

    • ● Chigger: Babiangia booliati (Audy, 1965), Leptotrombidium limi (Nadchatram & Traub, 1962)
    • ● Kutu: Medwayellia limi (Traub, 1972)
    • ● Cacing parasit: Plasmodium booliati (Sandosham, Yap & Omar, 1965), Heligmonella limbooliati (Dure e-Desset, Diaw & Krishnansamy, 1975), Brienlia booliati (Ho & Singh, 1973)
    • ● Kumbang: Thalliseliodes limbooliati (Chújô, 1963)
    • ● Protozoa: Sarcocystis booliati (Dissanaike & Poopalachelvam, 1975)
    • ● Cicak: Dibamus booliati (Das & Yaakob, 2003)
    • ● Ular: Oligodon booliati (Leong & Grismer, 2004)
    • ● Katak: Kalophrynus limbooliati (Matsui, Nishikawa, Belabut, Norhayati & Yong, 2012)
    • ● Siput: Rahula limbooliati (Foon & Marzuki, 2020)

    Jika anda berminat, anda boleh buat carian di Google mengenai Dr. Lim Boo Liat untuk ketahui lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy Z Flip6 dan Fold6 mungkin akan dilancar pada 10 Julai 2024

    Pada tahun-tahun lalu, Samsung sering melancarkan telefon-telefon lipatnya yang terbaru dalam acara Galaxy Unpacked yang dianjurkan pada separuh tahun kedua. Perkara tersebut...

    OPPO A60 dilancar: Skrin 90Hz, Snapdragon 680, cas pantas 45W bermula ~RM1,040

    OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas permulaannya yang terbaru di Vietnam iaitu OPPO A60. Telefon ini mempunyai reka bentuk yang agak menarik...

    Aplikasi RHB Mobile Banking tidak boleh lagi diguna untuk peranti iOS14 dan ke bawah

    Jika anda merupakan seorang pelanggan RHB Bank yang menggunakan telefon pintar iPhone, perlu diingati bahawa bermula bulan Jun 2024, aplikasi RHB Mobile...

    Fahmi Fadzil: Jangan sentuh isu 3R sewaktu pilihan raya

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi diraja (race, religion, royalty atau 3R) sepanjang...

    Petronas dan CelcomDigi berganding bahu untuk bawa pembaharuan dalam infrastruktur 5G

    Petronas dan CelcomDigi menggumumkan kerjasamanya selama dua tahun untuk memacu usaha transformasi tekno-digital negara melalui penggunaan 5G. Ia juga bertujuan untuk menyepadukan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X