More

    Satelit Measat-3d terbaharu Malaysia berjaya dilancarkan ke angkasa lepas

    Satelit Measat-3d berjaya dilancarkan ke orbit dari Guiana Perancis, Amerika Selatan pada pada 22 Jun pukul 5.50 pagi waktu Malaysia hari ini. Satelit komunikasi milik Measat dilancarkan pada roket Ariane-5 di Pusat Angkasa Guiana yang juga dikenali sebagai European Spaceport di Kourou kira-kira 17,000 kilometer dari Malaysia.

    Delegasi Malaysia pada pelancaran itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek. Beliau diiringi Duta Besar Malaysia di Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan, wakil Kementerian Pertahanan, Datuk Shamsuddin Ludin dan Ketua Pegawai Operasi Measat, Yau Chyong Lim.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba antara tetamu yang menonton siaran langsung majlis pelancaran itu dari Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.

    Turut hadir bersama Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Measat Global Berhad Shaharul Rezza Hassan. Digelar sebagai satelit paling komprehensif dan kompleks dalam Measat, satelit terbaharu dan tercanggih itu berharga RM1.2 bilion dengan jangka hayat selama 18 tahun.

    Ia dijangka merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia selaras dengan inisiatif kerajaan melalui rancangan Rangkaian Digital Nasional (Jendela). Dengan pelancaran Measat-3d, beberapa perkhidmatan komunikasi baharu akan disediakan paling awal pada Ogos tahun ini.

    Satelit seberat 5,600kg, Measat-3d ialah satelit Geostationary Equatorial Orbit atau GEO yang mempunyai tapak liputan yang luas dan mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar pantas dan menyokong aliran data tinggi yang dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

    HTS adalah antara perkhidmatan penting dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar tinggi terutama di kawasan luar bandar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Berita Harian

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran...

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured