More

    Penyelidikan di China dedahkan 6G akan 100 kali lebih pantas daripada 5G

    Walaupun rangkaian 5G di China masih dalam peringkat pembinaan dan belum dipopularkan sepenuhnya, 6G telah pun memasuki peringkat penyelidikan dan pembangunan. Baru-baru ini, China Mobile mengeluarkan “Kertas Putih Seni Bina Rangkaian 6G Mudah Alih China” dan mencadangkan reka bentuk seni bina keseluruhan 6G sistematik yang pertama dalam industri.

    6G akan mempunyai peningkatan prestasi sebanyak 10 hingga 100 kali ganda dan anda boleh memuat turun 10 video definisi tinggi dalam satu saat. Penunjuk prestasi menunjukkan rangkaian 6G dalam kadar puncak mencapai tahap terabait (Tbps) manakala kadar pengalaman pengguna mencapai tahap gigabit (Gbps).

    Rangkaian wayarles yang ditawarkan oleh 6G hampir sama dengan kelajuan internet berwayar. Selain itu, ketersediaan trafik dan sambungan 6G adalah sekurang-kurangnya 10 kali dan boleh mencapai sehingga beribu kali lebih tinggi daripada 5G. Ia menyokong komunikasi berkelajuan tinggi mudah alih dengan kelajuan lebih 1,000 km/j.

    Selain boleh digunakan dalam sistem landasan kereta api berkelajuan tinggi, ia juga boleh menyokong liputan pesawat. Teknologi 6G juga akan menggalakkan peningkatan keupayaan seperti pendidikan jarak jauh, teleperubatan dan interaksi realiti maya yang akan memainkan peranan penting dalam pembangunan Metaverse.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: MyDrivers

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured