fbpx
More

    Kekal tenang! 8 game ini boleh menemani anda di rumah untuk mencegah COVID-19

    Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac (hari ini) sehingga 31 Mac. Kami tahu anda pasti bosan di rumah. Oleh itu, kami telah menyenaraikan lapan game mudah alih (iOS & Android) untuk menemani anda.

    #1 Pokemon Masters

    Pokémon Masters merupakan siri game role-play yang dibina oleh DeNA dan dikeluarkan oleh Pokémon. Game ini merupakan perlawanan real-time 3 lawan 3. Pertama, anda perlu mengalahkan semua pihak lawan untuk menang. Lama-kelamaan, anda akan dapat menaik taraf Pokémon anda melalui pergerakan baru atau apa sahaja yang terkumpul daripada perlawanan yang anda telah sertai. Jangan ketinggalan ya peminat Pokémon!

    Sumber: The Official Pokémon YouTube channel

    #2 Mario Kart

    Beralih kepada Mario Kart, game versi mudah alih ini juga boleh menjadi peneman anda! Game ini telah disesuaikan kepada gaya permainan untuk telefon mudah alih. Dengan beberapa pengawalan yang senang, anda akan dapat menyertai perlumbaan bersama karakter klasik Super Mario lain! Selain itu, setiap pusingan juga telah dikurangkan kepada dua pusingan dengan lapan pemain untuk perlumbaan yang pantas.

    Sumber: Nintendo Mobile

    #3 Epic Seven

    Jika anda lebih suka kepada fantasi, Epic Seven dengan jalan cerita yang menarik perlu ada dalam pustaka game anda. Game ini menceritakan tentang penyelamat yang cuba menyelamatkan dunia dan menemui pelbagai kebenaran sepanjang perjalanannya. Ini adalah game kad berasaskan-turn RPG yang hadir dengan pelbagai efek animasi.

    Sumber: EpicSeven

    #4 Sky: Children of the Light

    Tiada apa yang boleh menenangkan kita seperti game yang kaya dengan visual boleh lakukan. Telah dipilih sebagai ‘iPhone Game of the Year 2019’, Sky: Children of the Light dibina oleh thatgamecompany membenarkan anda menerokai langit sementara menyelongkar misteri bersama teman yang berbeza. Game ini menyokong 8 pemain dalam talian dengan visual dan efek bunyi yang mantap. Ia boleh didapati oleh pengguna iOS sahaja kerana game ini masih dalam tahap pra-pendaftaran untuk Android.

    Sumber: thatgamecompany

    #5 AFK Arena

    Game role-play seperti AFK Arena adalah salah satu pilihan baik untuk anda mengisi masa lapang. Merupakan sebuah game kad RPG, AFK Arena hadir dengan empat perlubaan, enam profesion, lebih daripada 200 wira unik dan ratusan kemahiran yang berbeza. Dengan gaya yang menarik dan warna lukisan yang menarik, anda pasti ingin mengumpulkan semua wira dalam game ini!

    Sumber: AFK Arena

    #6 LifeAfter

    Untuk kekal hidup dalam pandemik yang mengambil alih dunia, anda perlu menempuhi pelbagai cabaran dalam game perjuangan mudah alih ini. Apabila anda berasa sejuk dan lapar dalam dunia yang penuh cabaran ini, apakah pilihan yang anda lakukan untuk meneruskan kehidupan? Dengan LifeAfter, naluri perjuangan hidup merupakan elemen penting untuk memastikan anda selamat dalam halangan yang ekstrem.

    Sumber: LifeAfter

    #7 Penguin Isle

    Jika anda pernah bermimpi untuk memiliki penguin yang comel, Penguin Isle bakal merealisasikan impian anda! Dengan pembinaan empayar penguin, anda akan bertemu pelbagai makhluk comel daripada Antartika seperti jenis penguin dan anjing laut! Game ini juga merupakan salah satu pilihan dalam platform aplikasi.

    Sumber: HABBY

    #8 Archero

    Sementara dunia ditelan kegelapan, hanya seorang sahaja yang boleh menyelamatkannya iaitu Archer. Untuk melawan musuh dengan serangan tanpa henti, Archer perlu menggunakan kombinasi kemahirannya untuk memenangi cabaran. Anda boleh menerangi dunia melalui Archer, hanya menggunakan hujung hari anda!

    Sumber: HABBY

    Apa yang anda tunggu lagi? Muat turun game-game ini di telefon pintar anda dan mulakan pengembaraan! Beritahu kami pendapat anda mengenai game ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming lain.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Laporan IDC dedahkan HONOR menguasai pasaran telefon pintar di China

    Selain berita tentang ketersediaan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dalam pasaran Malaysia pada 5 Mei nanti, laporan terbaharu daripada International Data Corporation...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X