More

    Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 mungkin akan dilancar pada 14 November 2022

    Qualcomm telah mengumumkan tarikh untuk temasya Snapdragon Summit 2022 iaitu pada 14 hingga 17 November 2022. Memandangkan Qualcomm selalunya memperkenalkan cipset telefon pintar andalan (flagship) dalam temasya ini pada setiap tahun, Snapdragon 8 Gen 2 mungkin akan dilancar pada tarikh tersebut.

    Ini bakal menjadi cipset telefon andalan kedua oleh Qualcomm selepas ia menjenamakan semula cipsetnya dengan nama Snapdragon 8 Gen 1. Sebelum ini, ia kerap menggunakan jenama siri Snapdragon 800 untuk memasarkan cipset kategori andalan.

    Setakat ini masih tidak banyak yang diketahui tentang Snapdragon 8 Gen 2, selain daripada jangkaan untuk prestasi dan kecekapan tenaga yang lebih baik daripada Snapdragon 8 Gen 1.

    Sebelum ini, pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station mengatakan cipset itu bakal mempunyai susunan teras CPU 1+2+2+3, terdiri daripada satu teras Cortex-X3, dua teras Cortex-A720, dua teras Cortex-A710 dan tiga teras Cortex-A510. Ia akan dibina dengan nod proses 4nm oleh TSMC dan mempunyai GPU Adreno 740.

    Baru-baru ini, Qualcomm telah melancarkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 yang menawarkan prestasi lebih tinggi sedikit berbanding Snapdragon 8 Gen 1, dan ia bakal dilengkapi dalam telefon berprestasi tinggi seperti ROG Phone 6 dan OPPO Reno8.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured