More

    Samsung Galaxy A23 5G muncul di Geekbench, dilengkapi Snapdragon 695

    Samsung Galaxy A23 dilancarkan pada Mac dan merupakan telefon dengan sambungan 4G yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 680. Beberapa bulan kemudian muncul petunjuk pertama untuk model 5G dan kini telefon itu telah dikesan di Geekbench. Telefon Samsung Galaxy A23 5G menggunakan nombor kod SM-A236U.

    Galaxy A23 5G dikuasakan oleh Snapdragon 695, versi cip SD 690 yang dinaik taraf dengan sokongan mmWave 5G serta mempunyai prestasi CPU 15% lebih tinggi dan GPU 30% lebih pantas. Ia adalah kerana teras Kryo 660 dan Adreno 619 yang dinaik taraf. Skor Geekbench mendedahkan bahawa ia beroperasi menggunakan Android 12 dengan antara muka One UI 4 dan RAM 4GB.

    Memandangkan versi 4G sebelumnya mempunyai varian dengan RAM 6GB dan 8GB, model 5G sepatutnya menawarkan lebih banyak varian juga. Kami telah melihat paparan 3D Galaxy A23 5G tetapi tiada perbezaan yang jelas. Ukuran skrinnya menunjukkan bahawa ia akan mempunyai paparan 6.55 inci tetapi tidak pasti jenis panel.

    A23 4G mempunyai LCD FHD+ 6.6 inci 90Hz bersama-sama dengan empat kamera di bahagian belakang iaitu kamera utama 50MP+ ultra lebar 5MP + makro 2MP + kamera kedalaman 2MP serta kamera swafoto 8MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAhnya menyokong pengecasan pantas 25W.

    Versi 5G akan berkongsi beberapa atau semua spesifikasi ini tetapi mungkin dengan beberapa peningkatan. Ia mungkin akan menggunakan kamera ultra lebar dinaik taraf kepada 8MP. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured