fbpx
More

    Xiaomi dedahkan sebab syarikat batalkan Mi 12 Ultra dengan Snapdragon 8+ Gen 1

    Baru-baru ini, Xiaomi telah mendedahkan acara peningkatan strategi pengimejan baharunya pada 4 Julai nanti. Mereka akan mempersembahkan Xiaomi 12S, 12S Pro dan 12S Ultra. Menurut laporan baharu, Xiaomi 12 Ultra yang sepatutnya dilancarkan Mac atau April tahun ini tetapi dibatalkan.

    Dalam siaran pengumuman acara itu, peminat bertanya menegenai perbezaan antara Xiaomi 12S Ultra dan Xiaomi 12 Ultra. Lei Jun mengatakan bahawa Mi 12 Ultra dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang sepatutnya dilancarkan pada bulan Mac dan April ini tetapi telah dibatalkan. Qualcomm dan Leica telah menambah baik perisian dan kamera untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dengan 12S Ultra.

    Berdasarkan maklumat tersebut, kami menjangka 12 Ultra merupakan pengganti Mi 11 Ultra dan ramai juga menganggap Xiaomi 12S Ultra adalah pengganti peranti tersebut. 

    Mi 12S Ultra akan membawakan skrin AMOLED 6.7 inci dengan resolusi Quad HD+ dan kadar penyegaran semula 120 Hz. Peranti ini akan menyokong teknologi LTPO, hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, mungkin RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 512GB. Ia akan dilengkapi dengan bateri 4,800 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 67W dan wayarles 50W.

    Peranti ini membawa kamera jenama Leica di mana kamera utama 50MP, ultralebar 48MP dan telefoto periskop 48MP. Ia menggunakan sistem pengendalian MIUI 13 berdasarkan Android 12. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X