More

    Aplikasi Switch To Android dalam iPhone kini boleh disambungkan dengan semua telefon Android 12

    Jika anda adalah seorang pengguna iPhone dan ingin berpindah ke telefon pintar Android, anda boleh memindahkan data peribadi dengan mudah dengan menggunakan aplikasi Switch To Android yang boleh dimuat turun dari Apple App Store.

    Aplikasi itu kini boleh dihubungkan dengan semua telefon pintar yang mempunyai sistem operasi Android 12. Sebelum ini, ia hanya boleh dihubungkan dengan telefon Google Pixel.

    Pemindahan data daripada iPhone ke telefon Android boleh dilakukan secara wayarles atau dengan kabel iPhone. Anda perlu memiliki akaun Google sebelum melakukan pemindahan data dan sewaktu proses pemindahan, anda perlu menutup iMessage dan FaceTime.

    Anda boleh pindahkan gambar, video, kenalan, SMS, MMS, teks iMessage, mesej WhatsApp, aplikasi yang terdapat dalam Play Store dan App Store, tetapan peranti, rekod panggilan, muzik dan banyak lagi.

    Android 12 adalah sebuah sistem operasi yang mula diperkenalkan pada 2021, jadi kebanyakan telefon Android pada waktu ini sudah pun menerima kemas kini untuk Android 12 terkini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan berpindah daripada iPhone ke Android dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Blog Google

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured