More

    Menteri K-KOMM: 6 syarikat telko bersetuju dengan pelan DNB untuk pembinaan 5G negara

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata enam syarikat telekomunikasi tempatan telah bersetuju untuk mengambil kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara.

    Dalam sebuah majlis perjanjian kerjasama program Country Digital Acceleration (CDA) antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Cisco International Limited pada hari ini, beliau berkata rundingan di antara semua pihak berjalan dengan baik. Pengumuman rasmi mengenai pemilikan kepentingan itu akan dibuat pada minggu depan.

    Sebelum ini, kerajaan telah membuka peluang kepada enam penyedia perkhidmatan komunikasi untuk memiliki kepentingan ekuiti dalam DNB sebanyak 70 peratus. Enam syarikat itu termasuk Celcom Axiata, Digi.com, Maxis dan U Mobile (CDMU) akan berkongsi ekuiti secara sama rata, iaitu sekitar 12 peratus untuk setiap syarikat.

    DNB adalah sebuah syarikat khas (special purpose vehicle, SPV) yang dibangunkan oleh kerajaan untuk membina rangkaian 5G kebangsaan. Menurut laporan Straits Times sebelum ini, sebuah kertas terma tidak mengikat (non-binding term sheet) telah dipersetujui oleh enam syarikat telekomunikasi Malaysia untuk pemilikan ekuiti.

    Berdasarkan suntikan yang dirancang sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Kewangan untuk 30 peratus kepentingan kerajaan, setiap syarikat telekomunikasi mungkin akan mengeluarkan kira-kira RM200 juta untuk 12 peratus kepentingan.

    Sementara itu, program CDA yang diperkenalkan oleh TM dan Cisco akan memanfaatkan tiga sektor tempatan iaitu pendidikan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan umum. Ia sejajar dengan MyDIGITAL iaitu Pelan Tindakan Ekonomi Digital kerajaan yang bertujuan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured