More

    K-KOMM: Pengguna Malaysia dapat akses rangkaian 5G menjelang September 2022

    Sebelum ini, terdapat laporan bahawa kesemua enam syarikat telekomunikasi di Malaysia telah bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan 5G Digital Nasional Berhad (DNB) sebelum tarikh akhir pada 30 Jun 2022.

    Kini, nampaknya negara kita akhirnya boleh bergerak ke hadapan dan mempunyai sambungan 5G yang boleh diakses oleh orang ramai kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berkata bahawa perkhidmatan 5G akan dilancarkan selewat-lewatnya pada September 2022.

    Mengulas perkara itu, Menteri K-KOMM Tan Sri Annuar Musa berkata, pengguna dijangka dapat mengakses rangkaian 5G secara berperingkat. Berikutan perjanjian perkhidmatan 5G DNB dengan kesemua enam syarikat telekomunikasi, fasa pertama telah diselesaikan.

    Seperti yang dilaporkan Bernama, langkah seterusnya ialah enam syarikat telekomunikasi itu diberi peluang untuk menjalankan usaha mereka. Selain itu, kaedah penilaian untuk tujuan pelancaran sebenar kini boleh diusahakan dengan DNB meramalkan langkah ini mengambil masa sekitar satu hingga dua bulan.

    Menteri K-KOMM itu juga berkata, pemeteraian perjanjian DNB tertangguh selama beberapa bulan berikutan rayuan model Rangkaian Borong Tunggal oleh pihak tertentu. Bagaimanapun, isu itu telah diselesaikan kerana terdapat penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak.

    Annuar menjelaskan bahawa kementeriannya berharap menjelang 8 Julai 2022, pemeteraian dokumen tertentu berhubung perkhidmatan Rangkaian Borong Tunggal perkhidmatan 5G di Malaysia oleh DNB dapat dimuktamadkan.

    Justeru, sekiranya garis masa dapat dipenuhi, pengguna boleh menikmati perkhidmatan 5G di negara kita mulai September ini dan secara berperingkat mengikut kawasan dan infrastruktur yang telah disediakan sebelum ini oleh DNB.

    Jadi, apakah pendapat anda tentang perkembangan terkini mengenai perkhidmatan 5G di negara kita? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured