More

    HUAWEI Tag anti-hilang dilancar, miliki NFC dan bateri tahan setahun berharga ~RM65

    HUAWEI telah melancarkan penjejak (tracker) pertamanya iaitu HUAWEI Tag. Tag itu mempunyai berat 6g, ketebalan 5.6mm dan menawarkan ciri yang hampir sama seperti Apple AirTag.

    Ia menyokong teknologi carian medan dekat (near-field) dengan siren maksimum 92 desibel dan tetingkap timbul yang akan memberitahu anda apabila barangan anda tertinggal. Selain itu, terdapat pengesanan objek jarak jauh, lokasi terpencil melalui rangkaian “cari” HUAWEI dan kedudukan melalui ratusan juta peranti HUAWEI. 

    Ia juga menyulitkan laporan data lokasi dengan dua arah dan termasuk fungsi peringatan keselamatan bagi HUAWEI Tag yang tidak diketahui untuk mengelakkan penjejakan.

    Ciri-ciri lain termasuk rintangan habuk dan air IP67, sambungan NFC dan bateri yang tahan lebih daripada satu tahun. HUAWEI Tag berharga Yuan 99 (~RM65) untuk satu unit dan Yuan 99  (~RM197) untuk set empat keping. Sementara itu, rantai kunci kulit akan dijual pada harga Yuan 69 (~RM45). 

    Peranti akan mula berada dalam pasaran secara rasmi pada 30 Julai tetapi kami masih tidak ketahui kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured