More

    Tonton ‘top movie’ tentang penularan virus, rasai pengalaman ‘real’! – Pilihan TechNave

    Dilanda kebosanan? Kami tahu Perintah Kawalan Pergerakan memerlukan anda untuk membataskan pergerakan ke tempat awam. Langkah ini merupakan satu usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19. Jika anda mempunyai masa lapang, inilah kesempatan yang berguna untuk menonton filem yang anda tinggalkan dek kerana kesibukan bekerja.

    Oleh itu, kami telah menyenaraikan lima filem berkenaan penularan virus yang best untuk anda tonton! Kami sendiri telah menonton filem ini dan kami ingin anda merasai sendiri pengalaman sekiranya virus tidak dapat dibendung dan sebagainya. Apa akan terjadi? Jom tonton kesemua filem ini!

    #1 Flu (2013)

    Filem ini menjadi carian ramai sejak mula-mula COVID-19 muncul lagi. Mungkin kerana jenis virus yang digambarkan agak sama, seperti demam dan selsema. Penularan ini telah mengakibatkan rakyat menjalani Perintah Berkurung. Virus dalam filem ini menular dengan pantas! Dalam masa 36 jam kontak awal, seramai 9,000 individu telah meninggal dunia.

    Sumber: Fresh Movie Trailers

    #2 Contagion (2011)

    Bagi mereka yang meminati filem Hollywood, Contagion adalah filem yang sesuai. Ia mengisahkan tentang satu virus maut yang boleh disebarkan melalui udara. Yang menariknya tentang filem ini ialah ia bukan sahaja menunjukkan bahaya virus dan usaha saintis untuk mencari penawar, tetapi impak dari segi sosial juga ditunjukkan seperti situasi panik tidak terkawal, informasi palsu yang tersebar dengan sangat mudah serta kerenah birokrat yang melambatkan tindak balas kepada wabak penyakit.

    Sumber: Movieclips Trailers

    #3 28 Weeks Later (2007)

    Ini bukanlah satu filem tentang wabak yang realistik tetapi ia masih adalah filem yang sangat mendebarkan. Sekuel kepada 28 Days Later ini mengisahkan tentang sebuah virus di London yang mentransformasi manusia menjadi makhluk yang lebih ganas, hilang kewarasan akal serta akan menyerang semua manusia yang belum dijangkiti. Virus tersebut disebarkan melalui gigitan, pertukaran darah atau air liur serta mampu menjangkiti secepat ‘satu degupan jantung.’

    Sumber: SPARTEN2

    #4 Deranged (2012)

    Seperti COVID-19, virus dalam filem ini juga merupakan virus yang baru ditemui. Anda pasti pernah mendengar tentang jangkitan cacing yang menyerang individu yang tidak menjaga kebersihan. Berpunca daripada cacing kuda mutan, anda boleh lihat sendiri bagaimana virus ini menyebarkan jangkitan cacing mutan kepada manusia.

    Sumber: CJEntertainmentUSA

    #5 Outbreak (1995)

    Filem ini pula mengisahkan tentang usaha askar Amerika Syarikat untuk membendung sebuah penularan wabak di pekan yang kecil. Seperti virus dalam dunia sebenar, ia bermula dengan virus yang dibawa oleh haiwan liar yang kemudian berinteraksi dengan manusia. Tema filem ini difokuskan kepada sejauh mana agensi kerajaan dan pertahanan sanggup lakukan demi mengawal satu wabak yang sukar dibendung.

    Sumber: Movieclips Classic Trailers

    #6 12 Monkeys (1995)

    12 Monkeys berkisar tentang seorang banduan pada tahun 2030 yang ditugaskan untuk kembali ke tahun 1990-an. Tugasan ini bertujuan untuk menyelongkar kembali punca virus yang pernah menular pada zaman itu. Menarik bukan? Cuba tontonnya sendiri!

    "
    "
    Sumber: Movie Clips

    #7 Cabin Fever (2002)

    Filem ini mungkin hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa. Anda sebagai orang dewasa juga mungkin ada yang tidak boleh menonton sehingga tamat dek kerana tayangannya yang agak mengerikan. Virus ini agak pelik dimana penularannya menyebabkan pesakit menghembuskan nyawa dalam keadaan yang agak tragik.

    Sumber: N.B.

    Setelah melihat kesemua filem ini, kami pasti anda akan lebih berjaga-jaga untuk mencegah penularan pandemik ini. Jangan lupa untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan jadilah individu yang bertanggungjawab dengan segera ke pusat kesihatan tertentu jika anda bergejala! Apa pun, kami berharap agar anda kekal tenang kerana kita mampu untuk mencegahnya.

    Luahkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured