More

    OPPO A97 5G mungkin dilancar, dedahkan reka bentuk dan spesifikasi utama

    Nampaknya, OPPO A97 5G dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini kerana peranti itu telah muncul dalam penyenaraian di China Telecom mendedahkan reka bentuk dan spesifikasi utamanya. Kini, Evan Blass menunjukkan imej peranti yang membawa beberapa warna.

    Ia akan hadir dalam pilihan warna biru, hitam dan merah jambu dengan kemasan belakang yang keras. Bahagian kanan menempatkan butang kuasa yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari dan terdapat bicu fon kepala di bahagian bawah bersebelahan port dan pembesar suara USB-C.

    Selain itu, A97 5G menampilkan LCD 6.56 inci dengan takuk titisan air (waterdrop notch) untuk kamera swafoto 8MP manakala di bahagian belakang menempatkan dwi-kamera dengan sensor utama 48MP dan kamera tambahan 2MP. Daripada segi bateri, kami menjangkakan ia membawa kapasiti 5,000mAh. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured