More

    Ini cara untuk jaga hayat bateri jika anda kerap gunakan pengecasan pantas

    Dengan kebergantungan orang ramai pada telefon mudah alih yang semakin mendalam, fungsi telefon bimbit juga semakin meningkat dan spesifikasi canggih seperti segar semula skrin tinggi dan skrin dengan resolusi 2K telah menjadi perkakasan biasa untuk telefon pintar kini.

    Banyak pengeluar memilih untuk meningkatkan bateri atau meningkatkan kadar pengecasan tetapi mereka lebih cenderung untuk memilih pilihan yang kedua. Tambahan, bateri berkapasiti besar akan menambahkan berat telefon. Oleh itu, semakin banyak telefon mudah alih menyokong teknologi pengecasan pantas dan menggunakan pengecasan pantas 100W.

    Walaupun pengecasan pantas memudahkan, pengecasan pantas telah meningkatkan voltan atau arus. Oleh itu, dengan kesan voltan atau arus yang tinggi, sesetengah pengguna bimbang akan ketahanan jangka hayat bateri telefon mereka. Adakah mengecas lebih cepat dan lebih pantas menjejaskan jangka hayat bateri? Ini adalah penjelasannya.

    Adakah hayat bateri akan terjejas jika menggunakan pengecasan pantas?

    Dilaporkan bahawa bateri litium pada asasnya digunakan dalam industri telefon pintar semasa. Proses mengecas dan menyahcas ialah elektron dalaman bergerak di antara hujung positif dan negatif yang pada asasnya merupakan tindak balas redoks kimia. Dalam proses tindak balas, akan berlaku perubahan haba terutamanya semasa mengecas.

    Ia akan mengeluarkan sejumlah haba dan itulah sebabnya telefon menjadi panas semasa mengecas. Terdapat banyak bahan kimia di dalam bateri. Penjanaan haba jangka panjang akan menyebabkan tindak balas kimia sampingan di dalam bateri untuk merosakkan bahan dalaman bateri.

    Apabila bahan kimia dalaman bateri tidak mencukupi, hayat bateri secara semula jadi akan berkurangan. Oleh itu, kesan suhu akan mempengaruhi hayat bateri. Sama ada pengecasan pantas atau pengecasan standard, haba yang dijana semasa pengecasan juga akan menyebabkan kerosakan tertentu pada bateri telefon bimbit yang tidak dapat dielakkan.

    Menurut data penyelidikan daripadaz Battery University, mengecas telefon kepada 40% pada suhu bilik 40°C akan mengekalkan 85% hayat bateri selepas satu tahun. Pendek kata, semakin tinggi suhu dan semakin tinggi nisbah cas, semakin cepat hayat bateri akan terjejas. Ini menunjukkan kepada faktor lain yang mempengaruhi hayat bateri iaitu nisbah cas.

    Menggabungkan kedua-dua faktor ini, banyak pengeluar telefon bimbit bersetuju bahawa mengecas telefon mudah alih kepada 40%-80% akan memberikan hayat perkhidmatan terbaik bateri. Oleh itu, banyak pengeluar telefon bimbit akan menetapkan suis automatik untuk pengecas.

    "
    "

    Apabila telefon bimbit dicas ke tahap tertentu, kuasa pengecasan telefon akan berkurangan untuk mengekalkan suhu yang tidak terlampau panas. Namun, ia mungkin berbeza bagi setiap pengeluar. Mengambil Apple sebagai contoh, pengecasan pantas iPhone pada asasnya adalah kira-kira 20W.

    Daripada maklumat di laman web rasmi, Apple membahagikan pengecasan kepada dua peringkat. Peringkat pertama mengecas bateri dengan cepat hingga 80% dan peringkat kedua menggunakan pengecasan perlahan. Ia adalah untuk memaksimumkan hayat telefon anda. Oleh itu, daripada sudut pandangan pengguna, sebab utama kesan pengecasan pantas pada hayat bateri telefon bimbit adalah suhu.

    Sebagai tindak balas kepada masalah kawalan suhu, pengeluar telefon bimbit juga telah bekerja keras untuk menyelesaikan masalah tersebut. Perisian terbaharu telah mengoptimumkan pengecasan bateri secara sistematik dan perkakasan telah menggunakan bahan dengan penjanaan haba rendah dan rintangan suhu tinggi.

    Gallium nitride adalah jawapan yang diberikan oleh pengeluar telefon bimbit. Gallium nitride ialah salah satu daripada bahan semikonduktor. Ia bukan sahaja tahan kepada suhu tinggi, tetapi juga menghasilkan kurang haba. Pertukaran antara pengecasan pantas dan pengecasan perlahan juga efektif. Berat palam pengecas akan dikurangkan dengan banyak.

    Walau bagaimanapun, kos bahan ini tinggi dan pengeluar telefon mudah alih mungkin menaikkan harga telefon atau menjualnya secara berasingan. Sudah tentu, sesetengah pengeluar akan meletakkan penyejukan cecair VC, graphene, gel pelesapan haba berkekonduksian tinggi dan teknologi lain untuk mengawal suhu telefon dengan lebih baik serta mengelakkan suhu terlalu panas semasa mengecas atau bermain game.

    Apakah cara untuk menjadikan bateri telefon tahan lebih lama?

    Untuk memanjangkan hayat bateri telefon bimbit, disarankan jangan mengecas telefon bimbit apabila bateri terlalu rendah secara kerap dan jangan bermain game semasa mengecas. Ini akan menyebabkan pengekalan suhu telefon pada tahap yang tinggi dan hayat bateri akan berkurangan dengan ketara.

    Semasa mengecas, cuba elakkan pengecasan dalam persekitaran yang terdedah kepada cahaya matahari. Selain itu, palam pengecas yang digunakan hendaklah dibeli daripada pengeluar rasmi dan perlu mematuhi protokol pengecasan yang ditetapkan oleh pengeluar bagi mengelakkan masalah tidak boleh dicas atau telefon menjadi sangat panas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat info ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sohu

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured