More

    Nothing phone (1) dilancar: SD 778G+, OLED 120Hz, kamera Sony IMX766 bermula RM2,399

    Selepas pelbagai berita dan khabar angin, syarikat teknologi baharu Nothing telah melancarkan telefon pintarnya yang pertama iaitu Nothing phone (1). Telefon ini menampilkan rekaan yang agak unik di bahagian belakang, manakala spesifikasinya pula terdiri daripada komponen kelas pertengahan.

    Di belakang, telefon ini mempunyai rekaan lutsinar serta corak lampu LED Glyph Interface yang akan menyala berdasarkan fungsi yang dibuka dalam telefon. Lampu LED ini akan menyala secara unik untuk fungsi-fungsi yang berlainan seperti pengecasan, pengecasan wayarles dan panggilan telefon.

    Lampu ini juga boleh menghasilkan cahaya yang sangat terang untuk digunakan sebagai lampu pengisian (fill light) dalam fotografinya.

    Cahaya Glyph Interface di belakang

    Di hadapan, phone (1) dilengkapi skrin OLED berukuran 6.55 inci dengan resolusi 2400×1080, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 240Hz, kecerahan puncak 1,200 nits dan dibina dengan kaca Gorilla Glass 5.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 778G+, RAM 8GB atau 12GB, storan 128GB atau 256GB, sistem operasi Nothing OS (1) berdasarkan Android 12, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 33W dan pengecasan wayarles 15W. Nothing menjanjikan kemas kini Android utama selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan (security updates) selama empat tahun.

    Pilihan warna Nothing phone (1)

    Untuk fotografi, ia mempunyai dua kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 dan kamera ultra-lebar 50MP dengan sensor Samsung JN1 dan sudut penglihatan 114°. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 16MP dengan sensor Sony IMX471.

    Nothing phone (1) akan dijual bermula 16 Julai 2022 untuk pasaran antarabangsa pada harga bermula:

    • 8GB+128GB: RM2,399
    • 12GB+256GB: RM2,699

    Nothing mengesahkan bahawa telefon ini akan dilancar di Malaysia, namun tarikhnya masih belum diketahui. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured