fbpx
More

    OnePlus Nord 2T dilancar di Malaysia: Cas pantas 80W, cipset Dimensity 1300 bermula RM1,899

    OnePlus Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu iaitu OnePlus Nord 2T 5G. Telefon ini menampilkan pelbagai spesifikasi menarik seperti cipset MediaTek Dimensity 1300 5G dan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.

    Dengan pengecasan tersebut, OnePlus mengatakan ia boleh mengecas penuh baterinya yang berkapasiti 4,500mAh sepantas 27 minit sahaja.

    Telefon ini juga mempunyai modul kamera yang agak berupaya, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra lebar 8MP dengan sudut penglihatan 120 darjah dan kamera monokrom 2MP. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 32MP sama seperti dalam OnePlus 10 Pro dengan penstabilan imej elektronik (EIS).

    Cipset Dimensity 1300 boleh menghasilkan prestasi yang pantas untuk kegunaan harian dan gaming. Untuk tujuan gaming, ia menawarkan fungsi Hyper Boost Gaming Suite bagi meningkatkan prestasi telefon dan sensitiviti skrin dengan kadar bacaan sentuh 1,000Hz.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord 2T 5G:

    • Cipset MediaTek Dimensity 1300 6nm
    • Skrin AMOLED FullHD+ 6.43 inci dengan kadar segar semula 90Hz, sokongan HDR10+, dibina dengan Gorilla Glass 5
    • RAM LPDDR4X sehingga 12GB, boleh dibesarkan dengan RAM Maya sebanyak 5GB lagi
    • Storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera monokrom 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 80W SUPERVOOC
    • Pembesar suara stereo
    • Sistem operasi OxygenOS 12.1 berdasarkan Android 12
    • Dua tahun kemas kini Android utama, tiga tahun kemas kini keselamatan
    • Warna Gray Shadow dan Jade Fog
    • Ketebalan 8.2mm, berat 190 gram
    • Harga: 8GB+128GB: RM1,899 dan 12GB+256GB: RM2,099

    Ia akan mula dijual di Malaysia pada 19 Julai. Para pembeli awal sebelum 31 Julai akan menerima fon telinga wayarles OnePlus Nord Buds secara percuma, selagi stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X