More

    BeamMobility lancarkan Drive Something New Today, e-skuter sebagai alternatif mobiliti baharu

    Baru-baru ini BeamMobility melancarkan kempen Drive Something New Today bagi mendidik para pengguna mengenai kaedah pengangkutan alternatif yang memudahkan dan lestari. Kempen ini ingin mendemonstrasikan peranan penting oleh perkhidmatan e-skuter dalam menangani isu perjalanan.

    Misi Beam adalah untuk menaik taraf kaedah perjalanan singkat serta melancarkan pergerakan dalam kawasan bandar demi manfaat semua. Ia dapat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam sambil mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap kenderaan persendirian.

    Berdasarkan tinjauan terkini melibatkan pengguna mobiliti mikro pada bulan Mei 2022, hampir 50% daripada 1,800 orang penunggang Beam menyatakan bahawa akses untuk e-skuter bagi perjalanan singkat menjadikan mereka lebih cenderung untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan bagi perjalanan berbanding penggunaan kereta.

    E-skuter Beam disokong oleh sebuah casis aluminium yang kukuh bergred pesawat dan ia memuatkan rangkaian kuasa yang efisien di samping peranti komunikasi IoT bergred tinggi. Ia turut membekalkan fungsi seperti teknologi parkirvirtual proprietari milik Beam yang menggalakkan amalan penggunaan dan pemulangan e-skuter yang berhemah.

    E-skuter Beam dihadkan kepada 25 km/j bagi mencegah pengguna daripada menunggang terlalu laju termasuk semasa menuruni curam. Ia juga dilengkapi dengan bateri yang mempunyai piawaian keselamatan api yang tertinggi. Komitmen Beam ke atas keselamatan turut ditingkatkan dengan program keselamatan khas yang diberi nama Beam Safe Academy.

    Program ‘Beam Booster’ merupakan sebuah platform yang mengetengahkan perniagaan-perniagaan tempatan menerusi teknologi parkir virtual Beam yang menggalakkan pengguna Beam untuk membuat perhentian atau menamatkan perjalanan mereka di hadapan rakan peniaga Beam. Ia dapat mempromosikan serta menjana pendapatan perniagaan.

    Beam turut membekalkan peluang pekerjaan dalam ekonomi sambilan sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12. Sebagai rakan e-Rezeki MDEC, Beam menggajikan lebih daripada 250 pekerja sambilan di Malaysia sebagai ‘Beam Rangers’ untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan e-skuternya.

    Kempen #BeamForAll mempromosikan akses saksama ke atas perkhidmatan pengangkutan, menyesuaikan harganya mengikut segmen-segmen komuniti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...