fbpx
More

    MySejahtera 2.0 bawa wajah dan fungsi baharu seperti rekod imunisasi dan saringan kesihatan

    Aplikasi kesihatan MySejahtera kini tidak lagi difokuskan untuk menjejak penyebaran wabak COVID-19 sahaja, kerana ia bakal menjadi aplikasi untuk kesihatan umum rakyat. Buat masa ini, kemas kini MySejahtera 2.0 telah pun diperkenalkan kepada orang awam dengan beberapa fungsi baharu.

    Antara fungsi baharu yang diperkenalkan adalah rekod imunisasi untuk bayi yang dilahirkan selepas 1 Julai 2022. Rekod ini akan mencatat pelbagai jenis imunisasi seperti Tetanus, Hepatitis B, Haemophilis Influenza, Diphteria (D), Acelullar Pertussia (AP)(DTAP) dan banyak lagi.

    Selain itu, MySejahtera juga akan memaparkan maklumat kesihatan pengguna yang menjalankan saringan di bawah inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Ia boleh diakses dalam modul Rekod Kesihatan di laman utama MySejahtera.

    Ia akan memaparkan laporan saringan kesihatan, laporan keputusan ujian makmal untuk ujian tertentu seperti ujian darah, dan rekod vaksinasi. Modul ini turut menunjukkan maklumat kseihatan asas seperti berat badan, indeks jisim tubuh (BMI), kolestrol dalam darah, tekanan darah dan banyak lagi.

    Buat mereka yang melaksanakan saringan kesihatan di institut swasta, maklumat mereka boleh dimuat naik ke MySejahtera jika fasiliti kesihatan itu menggunakan sistem MyVAS.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk memperkenalkan lebih banyak fungsi pada masa hadapan, seperti trend kesihatan, tempahan janji temu kesihatan, telekonsultasi, ikrar pendermaan organ, urusan ubat-ubatan dan banyak lagi.

    Memandangkan kita kini sudah pun berada dalam fasa endemik dan penularan wabak COVID-19 semakin terkawal, wajar untuk aplikasi MySejahtera dimanfaatkan sebagai aplikasi yang boleh membantu rakyat dalam menjaga kesihatan umum. Kongsi pendapat anda tentang MySejahtera di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook KKM

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X