More

    Nothing Phone (1) akan mula dijual di Malaysia pada 18 Julai 2022

    Nothing telah melancarkan telefon pintarnya yang pertama, Nothing Phone (1), secara antarabangsa pada minggu lepas dan Malaysia adalah antara negara terawal yang akan menerima kehadiran telefon tersebut. Ia akan dijual pada harga bermula RM2,399.

    Untuk jualan awal, Nothing Phone (1) akan dijual di laman web pakaian Crossover bermula hari Isnin, 18 Julai 2022. Selepas itu, ia akan mula dijual di pusat pengedar lain seperti SenQ, DirectD, TMT, Satu Gadget, Lazada dan Shopee bermula 1 Ogos 2022.

    Nothing Phone (1) adalah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang mempunyai rekaan unik di belakangnya, di mana ia mempunyai cahaya Glyph Interface yang boleh menyala mengikut pelbagai fungsi yang diaktifkan seperti pengecasan atau panggilan telefon.

    Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin OLED 6.55 inci FullHD+ 120Hz, cipset Snapdragon 778G+, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 33W, rating kalis air IP53, pembesar suara stereo serta varian memori 8GB+128GB dan 12GB+256GB. Kameranya pula terdiri daripada dua kamera 50MP dan kamera swafoto 16MP. Baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nothing

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured