fbpx
More

    BAPE X Razer hasilkan produk “gaming” edisi terhad bertemakan “streetwear”

    Selepas koleksi kerjasama sulung yang berjaya dilancarkan pada tahun 2020 dimana produk yang dikeluarkan sudah habis terjual. Syarikat gaming Razer dan label pakaian terkenal Jepun BAPE telah bekerjasama semula untuk koleksi terbesar BAPE X Razer yang pernah wujud.

    Seperti koleksi pertama,produk yang dihasilkan akan termasuk pakaian eksklusif serta perkakasan gaming. Kerjasama kali ini benar-benar memberikan peminat lebih banyak reka bentuk, warna dan inovasi.

    Produk yang dihasilkan adalah seperti kasut M2 BAPE STA yang menampilkan reka bentuk jerung BAPE pada tapak dan cetakan logo ular berkepala tiga Razer. Bahagian atasnya menggunakan warna hitam dengan cetakan BAPE dan terdapat corak seperti kilat berwarna hijau.

    Selain itu, produk pakaian juga dihasilkan dengan Shark Full Zip Hoodies, baju T WGM (World Gonemaid) BAPE, seluar pendek bola keranjang, topi dan set kepala Razer’s Kraken. Koleksi juga termasuk sarung komputer riba kalis air untuk saiz 15.6 inci dengan tikar tetikus terbina dalam, Razer Skins, papan kekunci Razer BlackWidow V3 dan kerusi gaming Iskur X dan “Kuarza”

    Koleksi Razer X BAPE boleh didapati pada 22 Julai jam 10 malam di laman rasmi Razer dan kedai terpilih di seluruh dunia. Adakah anda berminat untuk memiliki salah satu produk edisi terhad ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X