More

    K-KOMM: Agihan tablet PerantiSiswa ditangguh hingga Ogos 2022 kerana isu tender

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan komited untuk menyediakan tablet percuma bagi pelajar B40 di bawah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

    Semasa sidang media di Parlimen hari ini, Annuar menjelaskan bahawa pengedaran tablet itu akan ditangguhkan hingga Ogos 2022 kerana isu tender. Menteri K-KOMM seterusnya menjelaskan proses tender terbuka telah berjaya dijalankan sebelum ini tetapi tender awal telah dibatalkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

    Oleh itu, satu lagi tender terbuka telah dimulakan dan sedang dalam proses menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan program PerantiSiswa. Annuar kemudian mendedahkan bahawa MOF dijangka memutuskan tender terbuka kedua dalam tempoh seminggu.

    Oleh itu, garis masa pengedaran tablet PerantiSiswa telah dianjakkan kepada Ogos 2022 berbanding pertengahan Julai seperti yang diumumkan kementeriannya sebelum ini. Semasa fasa pertama, lebih 100,000 unit permulaan akan diagihkan kepada lebih 200 universiti di seluruh negara di bawah inisiatif PerantiSiswa.

    K-KOMM akan berunding dengan institusi pendidikan berkenaan dengan proses pengagihan. Program itu sendiri akan memanfaatkan sekitar 400,000 pelajar dalam kategori B40. Dalam sidang media yang sama, Menteri K-KOMM turut mengumumkan akan membuka semula permohonan fasa kedua bermula 1 Ogos hingga 30 September 2022.

    Selain itu, kerajaan juga bersetuju memperluaskan program tersebut kepada pelajar B40 yang menuntut di institusi termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

    Apa pendapat anda tentang pengumuman K-KOMM ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured