More

    iQOO 10 Pro dilancar: Telefon pertama di dunia dengan pengecasan 200W

    iQOO 10 dan iQOO 10 Pro telah dilancarkan di China pada hari ini menampilkan pengecasan ultra pantas yang tidak dimiliki oleh jenama-jenama lain.

    Peranti pertama di dunia yang menawarkan pengecasan berwayar 200W adalah iQOO 10 Pro. Menurut dakwaan syarikat, bateri 4,700mAh peranti boleh dicas dalam kira-kira 10 minit dan pengecasan wayarles terbalik 10W serta pengecasan wayarles 50W.

    Sebagai peranti utama untuk separuh kedua 2022, anda boleh menjangkakakan cipset yang digunakan adalah Snapdragon 8 Plus Gen 1. Cipset turut mempunyai sistem penyejukan dengan ruang penyejatan yang mempunyai luas permukaan 2802 mm2. Dalam AnTuTu, prestasinya peranti memberi skor melebihi 1,130,000.

    Selain itu, iQOO 10 Pro meggunakan skrin Samsung E5 AMOLED 6.78 inci, resolusi 3200 x 1440 piksel, kadar penyegaran semula 120 Hz dan pengimbas cap jari ultrasonik terletak di bawah skrin.

    Tri-kamera di bahagian belakang terdiri daripada sensor optik Samsung S5KGN5 50MP dengan format optik 1.57 inci + penstabil paksi, diikuti dengan Samsung S5KJN1 50MP + lensa sudut lebar dengan medan pandangan 150° dan lensa potret + sensor Samsung S5K3P9SX 14.6MP dengan penstabilan imej optik. Dibahagian hadapan pula membawa kaera swafoto 16MP.

    Ciri lain termasuk pembesar suara stereo, pemancar IR dan Android 12. Beratnya adalah 215 gram membawa varian 8/256 GB berharga $740 (~RM3,294), 12/256 GB berharga $815 (~RM3,628) dan 12/512 GB berharga $890 (~RM3,962).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured