More

    KeTSA: Cadangan subsidi bil elektrik untuk B40 dan M40, kenakan surcaj pada T20

    Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan mendedahkan kementeriannya ingin mengemukakan cadangan kepada Kabinet bagi subsidi bil elektrik untuk golongan tertentu. Cadangan ini disebabkan oleh kenaikan kos bahan api yang menyebabkan tenaga elektrik menjadi lebih mahal dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

    Mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2022, pengguna domestik akan terus menikmati rebat dua sen setiap kWj manakala pelanggan bukan domestik seperti pengguna industri dan komersial akan terus dikenakan surcaj 3.7 sen setiap kWj.

    Kerajaan akan menanggung kos yang tinggi sebanyak RM5.8 bilion jika subsidi ini diteruskan. Oleh itu, kementerian mahu mengenakan surcaj kepada pengguna T20 dalam masa terdekat melalui subsidi bil elektrik yang disasarkan.

    Menteri tenaga berkata cadangan itu akan dibentangkan kepada Kabinet untuk dilaksanakan dalam tempoh Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) akan datang. ICPT disemak setiap enam bulan untuk menyesuaikan kos bahan api dan penjanaan dengan kitaran seterusnya bermula dari 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023.

    Pengumuman itu dibuat selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa kerajaan telah menguji mekanisme subsidi bahan api selepas berbulan dalam pertimbangan. Walau bagaimanapun, fasa ujian ini akan mengambil masa tiga hingga enam bulan sebelum ia dilaksanakan.

    RM30 bilion dijangka dibelanjakan untuk subsidi bahan api akan digunakan oleh golongan T20 sebanyak RM8 bilion manakala golongan B40 akan menikmati RM6 bilion. Mekanisme ini akan memastikan hanya golongan B40 dan M40 akan menerima subsidi bahan api. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured