More

    Nubia Z40S Pro dilancar: Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED 6.67″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM2,242

    Kebanyakan peranti akan datang akan menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 untuk meningkatkan prestasi. Nubia ZTE juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Nubia Z40S Pro baharu dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 ini bersama beberapa peningkatan lain.

    Nubia Z40S Pro hadir dalam varian RAM 8GB, 12GB dan 18GB serta storan 128GB, 256GB dan 512GB. Telefon ini dilengkapi dengan ruang wap yang besar dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 80W. Jika anda mahukan pengecasan 120W yang lebih pantas, anda perlu beralih ke peranti dengan bateri 4,600mAh. Z40S Pro akan mengambil masa 19 minit untuk mengecas daripada 0 kepada 100%.

    Spesifikasi lain termasuk skrin AMOLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 144 Hz, kadar pensampelan sentuhan 480 Hz, resolusi 2,400 x 1,080 piksel, panel HDR 10+, mempunyai 100% liputan DCI-P3 dan kecerahan puncak 1,000 nits. Nubia Z40S Pro juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo dengan penalaan Ultra DTS:X.

    Ia membawa kamera utama 35mm bersama sensor Sony IMX787 50 MP dengan penstabilan imej optik yang menyokong rakaman video 4K@120fps, kamera ultralebar 50MP untuk rakaman video makro 8K dan lensa periskop 8 MP dengan penstabilan imej optik. Bahagian belakang Nubia Z40S Pro juga membawakan 6 flash LED dan sensor kelipan yang membantu semasa merakam di bawah pencahayaan yang malap.

    Terdapat dua pilihan warna iaitu Magic Green dan Night Sea. Terdapat juga edisi khas anime Cina “Spirit Cage” sambil dilengkapi dengan aksesori bertema, nada dering dan kertas dinding. Nubia Z40S Pro hanya tersedia di China pada masa ini bermula pada harga CNY 3,400 (~RM2,242) untuk versi standard dengan bateri 5,000 mAh. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured