More

    OnePlus 10T 5G akan dilancar pada 3 Ogos 2022, tidak dilengkapi teknologi kamera Hasselblad

    Selepas melancarkan telefon pintar andalan OnePlus 10 Pro pada awal tahun ini, OnePlus bakal melancarkan varian baharu iaitu OnePlus 10T 5G untuk pasaran antarabangsa pada hari Rabu, 3 Ogos 2022 jam 7:30 malam IST (10:00 malam waktu Malaysia).

    Dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir, OnePlus telah berkongsi butiran tentang kamera OnePlus 10T di mana ia tidak akan dilengkapi kamera yang sama seperti OnePlus 10 Pro. Ini adalah kerana OnePlus 10T diketengahkan sebagai telefon pintar andalan yang lebih mampu milik.

    OnePlus 10T bakal dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 berukuran 1/1.56 inci, dengan penstabilan imej optikal (OIS). Sensor ini boleh menangkap gambar dengan warna 10-bit untuk penghasilan warna yang 64 kali ganda lebih tinggi berbanding 8-bit.

    Selain itu, ia akan dilengkapi kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 119.9° dan kamera makro 2MP. Telefon ini juga bakal mempunyai perisian Image Clarity Engine (ICE) untuk pemprosesan gambar yang lebih pantas, prestasi HDR 5.0, TurboRAW dan Nightscape.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured