More

    Transaksi di semua fasiliti KKM akan gunakan pembayaran tanpa tunai mulai 1 Oktober ini

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa semua kemudahan di bawah pentadbirannya akan mula beroperasi melalui pembayaran tanpa tunai mulai 1 Oktober 2022. Ini menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh ketua setiausahanya, Datuk Harjeet Singh bertarikh 21 Jun 2022.

    Selain itu, semua jabatan kesihatan negeri juga telah diberitahu untuk memastikan 95 peratus daripada transaksi adalah melalui pembayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan masing-masing. Ini termasuk:

    • Mengenal pasti ‘Pusat tanggungjawab’ (PTJ) untuk pelaksanaan pembayaran tanpa tunai menggunakan terminal-point-of-sale (TPOS) dan DuitNow
    • Mengenal pasti bilangan kaunter yang perlu dilengkapi dengan TPOS
    • Memastikan orang yang bertanggungjawab di kaunter dilatih menggunakan TPOS

    Menurut laporan NST, kemudahan ini mesti mengutamakan pembayaran tanpa tunai berbanding tunai yang mana yang kedua hanya dibenarkan sekiranya pelanggan tidak mempunyai sebarang aplikasi e-pembayaran atau akaun bank. Bagi bentuk pembayaran tanpa tunai yang diterima, ia termasuk kad debit, kad kredit dan e-dompet.

    Langkah untuk melakukan pembayaran tanpa tunai adalah selaras dengan Pelan Pencegahan Rasuah KKM 2021-2022 yang menghuraikan bahawa pembayaran tanpa tunai boleh mengelakkan ketirisan dalam hasil kerajaan.

    Inisiatif itu juga selaras dengan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia 2021 yang mewajibkan semua agensi di peringkat Persekutuan dan negeri menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai kaedah transaksi efektif menjelang Disember 2022.

    Jadi, apakah pendapat anda tentang langkah KKM untuk menggunakan perkhidmatan tanpa tunai di semua kemudahannya? Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured