More

    realme Flat Monitor dilancar, skrin FHD 23.8″ 75Hz berharga ~RM726

    Semasa acara AIoT, realme telah memperkenalkan realme Flat Monitor. Ia kelihatan seperti monitor biasa dan tidak banyak ciri yang dikemas kini. Monitor Flat realme menampilkan paparan 23.8 inci dan anda dapat melihat betapa nipisnya bezel mengelilingi bingkai.

    Menurut realme, panel ultra nipis hanya ketebalan 6.9mm bersama resolusi HD Penuh dan menyokong kadar penyegaran sehingga 75Hz. Masa tindak balas pula ialah 8ms. Daripada segi port, terdapat HDMI biasa dan juga port VGA yang tersedia.

    Terdapat juga port USB-C dan input kuasa DC. Bertepatan dengan pelancaran, realme juga mendedahkan bahawa syarikat itu akan menjual beberapa dongle Techlife USB Hub seperti yang dilihat dalam imej di atas.

    Tanda harga rasmi ialah 12,999 Rupee (~RM726) tetapi untuk promosi awal inda akan menikmati harga diskaun 10,999 Rupee (~RM614) di pasaran India. Kami tidak pasti sama ada realme Malaysia bercadang untuk untuk memasarkan monitor ini dalam pasaran tempatan.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured