More

    Reka bentuk siri HUAWEI Mate 50 didedah bakal dilancar pada bulan September

    Pada Oktober 2021, HUAWEI telah melancarkan siri HUAWEI Mate 40 yang terdiri daripada Mate 40, Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro Plus. Berdasarkan laporan baharu, siri Mate 40 mungkin akan digantikan tidak lama lagi.

    Menurut @厂长是关同学, siri HUAWEI Mate 50 akan dilancarkan pada bulan September 2022. Beliau turut menambah bahawa siri ini akan membawa tiga varian iaitu Mate 50, Mate 50 Pro dan Mate 50 RS. Peranti itu mungkin akan dikuasakan oleh cipset Kirin 9000S yang mungkin merupakan versi cip Kirin 9000 yang dipertingkat dan akan hadir dengan sambungan 4G sahaja.

    Selain itu, Stesen Sembang Digital telah berkongsi imej panel belakang Mate 50 dan Mate 50 Pro yang akan hadir dengan panel belakang melengkung dan tepi melengkung. Modul kamera bulat kelihatan menempatkan tiga kamera dan dua flashLED bersama sensor.

    Di bahagian hadapan peranti, imej mendedahakn perlindungan kaca skrin siri Mate 50 untuk varian standard mempunyai potongan lubang tebuk (punch-hole) di tengah. Mate 50 Pro dan mungkin Mate 50 RS juga akan hadir dengan reka bentuk seperti iPhone dan ciri pengimbas muka.

    Peranti-peranti ini akan dilancarkan pada bulan September di China dan mungkin juga secara global. Namun, kami masih tidak pasti bahawa varian global akan menggunakan cipset Kirin 9000 SoC atau Snapdragon 888 4G.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...