Xiaomi 12S Ultra membawa sensor terbesar yang pernah dimasukkan ke dalam telefon pintar. Terdapat khabar angin mengetakan sensor yang di bawa berukuran 1 inci dapat memberikan gambar yang lebih jelas.
Kini seorang YouTuber bernama JerryRigEverything yang terkenal dengan video pembedahan telefon pintar, telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan komponen dalaman Xiaomi 12S Ultra. Dengan beberapa helai kertas satu inci, Zack membedah bahagian kamera 12S Ultra ini untuk ketahui lebih lanjut lagi perkakasan dan penggunaan kamera belakang peranti ini. Namun, ia bukanlah tepat 1 inci bagi ukuran lebar dan serong.
Oleh itu, setiap pembuat kamera dan telefon pintar dianggap “menipu” kerana ukurannnya tidak tepat seperti yang diiklankan. Walaupun begitu, tiada syarikat yang terlibat dalam pengeluaran kamera, sensor kamera atau telefon pintar untuk mengambil insiatif dalam pembaikan. Maka, harus ditekankan bahawa ukuran satu inci yang diiklankan tidak bermakna ia berukuran satu inci.
Kami sendiri telah dapat mencuba menggunakan pelbagai ciri kamera Xiaomi 12S Ultra. Ia menghasilkan gambar yang sangat jelas dan terang seolah-olah anda menggunakan kamera DSLR. Nantikan gambar-gambar yang telah ditangkap oleh kami selepas pelancaran rasmi Xiaomi 12S Ultra.
Kami masih menunggu spesifikasi dan butiran selanjutnya mengenai peranti ini. Kongsikan pendapat anda di Facebookkami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: GSMArena






