More

    OnePlus 10T 5G akan jadi peranti OnePlus pertama dengan cas pantas 150W

    OnePlus bakal melancarkan telefon pintar andalan seterusnya, OnePlus 10T 5G, pada 3 Ogos 2022 dan dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, mereka berkongsi lebih banyak maklumat berkenaan peranti tersebut.

    Terbaru, OnePlus mengesahkan bahawa OnePlus 10T 5G akan menjadi telefon OnePlus pertama yang dilengkapi teknologi pengecasan SUPERVOOC Endurance Edition yang menawarkan kadar pengecasan pantas sehingga 150W. Dengan kadar sedemikian, ia boleh mengecas bateri telefon ini yang berkapasiti 4,800mAh dari 0% ke 100% dalam masa 19 minit sahaja.

    Pengecasan ini boleh dimanfaatkan di negara yang mempunyai palam elektrik 220 voltan dan ke atas, seperi di Eropah dan India. Buat negara yang mempunyai voltan lebih rendah, kadar pengecasan akan diturunkan kepada 125W, namun mereka masih boleh mendapat kadar 150W jika mereka berada di negara yang mempunyai 220 voltan dan ke atas.

    Dengan kadar pengecasan sepantas ini, OnePlus turut melengkapkan teknologi perlindungan bateri seperti Battery Health Engine, Battery Healing Technology, Trickle Charging Optimisation Algorithm dan Customised Smart Charging Chip bagi memelihara kesihatan bateri. OnePlus mengatakan bateri ini masih boleh mengekalkan 80% daripada kapasiti asal selepas pengecasan sebanyak 1,600 kali.

    Sebelum ini, OnePlus sudah pun berkongsi rupa bentuk telefon tersebut dan ia tidak akan mempunyai butang Alert Slider ikonik di bahagian sisi. Selain itu, ia juga akan mempunyai cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 256GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 10T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured