More

    Digi tawarkan telefon dan tablet percuma sempena musim sambutan kemerdekaan

    Pada hari ini, Digi Telecommuniations Sdn Bhd telah melancarkan promosi Juara Internet Malaysiaku sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang semakin hampir. Promosi yang berlangsung sehingga 30 September 2022 ini menawarkan pelbagai peranti secara percuma atau pada harga diskaun, internet tambahan, rebat pelan dan banyak lagi.

    Dengan pendaftaran Pakej PowerJimat dan pelan Postpaid Family Unlimited, pelanggan boleh mendapatkan peranti daripada pelbagai jenama seperti OPPO, Redmi, Samsung dan vivo. Berikut adalah senarai pakej dan peranti yang terlibat:

    • Pendaftaran Digi Postpaid Family Unlimited: Percuma Samsung Galaxy Tab A7 Lite
    • Pendaftaran Pakej PowerJimat untuk pelan Digi Postpaid 40: Percuma Samsung Galaxy A03
    • Pendaftaran Pakej PowerJimat untuk pelan Digi Postpaid 60: Percuma Samsung Galaxy A03, Redmi 10A, vivo Y15S atau OPPO A16
    • Pendaftaran Pakej PowerJimat untuk pelan Digi Postpaid 90: Percuma Samsung Galaxy A13

    Pelanggan yang menaik taraf kepada Digi Postpaid 40, 60 atau 90 juga akan menerima internet tambahan 10GB selama 12 bulan. Untuk pelanggan Digi Postpaid 120 dan 150 pula, mereka akan menerima tambahan kuota internet sebanyak 50 peratus.

    Selain itu, mereka yang melanggan kepada Digi Postpaid melalui aplikasi MyDigi akan menerima baucar GadgetFreedom Plus bernilai RM200. Ia boleh digunakan untuk membeli sebarang peranti dan aksesori di kedai rasmi Digi dalam Shopee Mall.

    Buat pelanggan Digi Fibre pula, pelanggan baharu akan menikmati rebat RM240 untuk pelan Digi Fiber 190 dan ke atas. Mereka juga boleh mendapatkan penjimatan Digi Postpaid sehingga RM60 sebulan untuk pelan Digi Fibre yang layak.

    Untuk pelanggan prabayar pula, mereka boleh menikmati pelbagai faedah seperti kuota video berkelajuan tinggi sehingga 130GB secara percuma atau mendapatkan Unlimited Video Pass Digi untuk tontonan tanpa had di Netflix, YouTube, Astro GO, Viu, Dailymotion dan Unifi PlayTV.

    Layari laman web Digi untuk maklumat penuh tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured