More

    Nothing mungkin lancarkan versi ‘Lite’ Phone (1) tanpa cahaya Glyph pada akhir tahun ini

    Nothing Phone (1) telah menjadi salah satu peranti yang paling digembar-gemburkan dalam sejak pelancarannya. Nampaknya, terdapat khabar angin baharu mengatakan bahawa Nothing mungkin akan mengeluarkan versi ‘Lite’ Phone (1) yang akan mengekalkan reka bentuk yang sama tetapi tanpa antara muka (interface) cahaya Glyph di belakangnya.

    Seperti yang dilaporkan oleh The Mobile Indian, versi Lite adalah lebih murah dan mungkin dilancarkan pada tahun ini. Selain itu, ia juga akan menggunakan cipset yang sama yang terdapat pada Phone (1) iaitu Qualcomm Snapdragon 778G+.

    Laporan turut mendakwa bahawa peranti itu akan memberikan pengalaman yang sama seperti Phone (1) tetapi tanpa lampu di belakangnya dan pengecasan tanpa wayar. Ciri-ciri yang masih sama termasuk paparan AMOLED 6.55 inci 120Hz, dwi-kamera belakang 50MP, kamera swafoto 16MP dan bahagian belakang lutsinar.

    Namun begitu, Nothing menafikan berita ini mungkin kerana ia terlalu awal untuk didedahkan. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured