More

    Hati-hati dengan “scammer” yang kononnya tawarkan rebat khas daripada TNB

    Berikutan pengumuman daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang akan menawarkan rebat khas kepada pelanggan yang mengalami gangguan bekalan elektrik pada 27 Julai 2022, TNB turut mengingatkan pengguna agar berwaspada dengan pihak jahat yang mengambil kesempatan atas inisiatif ini.

    TNB mengingatkan kepada para pelanggan supaya berhati-hati dengan mesej penuipuan SMS yang menawarkan pampasan berbentuk baucar e-dompet bernilai RM100 daripada nombor TNB iaitu 15454. Pelanggan dinasihatkan untuk tidak menekan sebarang pautan yang terdapat pada mesej tersebut.

    Perlu diingati bahawa walaupun TNB telah mengumumkan rebat khas tersebut, ia masih belum dimuktamadkan dan perlu dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos 2022.

    TechNave berharap para pembaca akan kekal berwaspada terhadap macam-macam taktik scammer pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook TNB

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured