Sebelum ini, dilaporkan bahawa realme narzo 50i Prime akan dilancarkan pada penghujung Jun 2022 tetapi ianya tidak berlaku. Dua bulan kemudian, realme Malaysia akhirnya mengumumkan ketersediaan telefon itu dan ia berharga daripada RM429 di Global Lazada Store.
realme narzo 50i Prime ialah telefon segmen permulaan dan didatangkan dalam dua varian memori iaitu 3GB + 32GB dan 4GB + 64GB dengan harga RM499. Ia akan dilancarkan pada 8 Ogos 2022. Sempena pelancarannya, terdapat diskaun istimewa untuk sehari sahaja pada harga RM369 dan RM429.

Daripada segi spesifikasi, ia menampilkan cipset Unisoc T612. Ia mempunyai bateri 5,000mAh yang dan menyokong pengecasan berbalik. Paparan berukuran 6.5 inci dan ia mempunyai kamera utama tunggal 8MP dan kamera swafoto 5MP. Ia menggunakan paparan antara muka realme UI Go berasaskan Android 11.
Sempena pelancaran realme narzo 50i Prime di Malaysia, peminat boleh menikmati promosi Jualan Kilat Hari narzo realme 8.8 realme 8.8 di Global Lazada Store realme Malaysia pada 8 Ogos 2022. Jadi, jangan ketinggalan jika anda merancang untuk mendapatkan telefon ini.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.Â







