fbpx
More

    Acer Malaysia lancarkan komputer Intel Core 12th Gen baharu dalam siri Vero bermula RM3,299

    Sempena hari Acer Day 2022 pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan produk baharu dalam siri Vero yang terdiri daripada komputer riba dan komputer desktop.

    Acer TravelMate Vero

    Acer TravelMate Vero adalah sebuah komputer riba yang dibuat daripada bahan mesra alam iaitu plastik yang dikitar semula (post-consumer recycled plastic, PCR). Walaupun dengan PCR, ia masih mempunyai piawaian MIL-STD-810G untuk ketahanan yang tinggi.

    Untuk spesifikasi pula, komputer riba ini mempunyai cipset Intel Core i5, grafik Intel Iris Xe, RAM 8GB dan storan SSD PCIe NVMe 1TB. Untuk keselamatan, ia turut dilengkapi Acer ProShield Plus yang mempunyai fungsi penyulitan dan penyahsulitan serta pengesahan biometrik.

    Acer TravelMate Vero akan dijual di Malaysia pada harga RM3,999. Pelanggan yang membelinya sebelum 30 September 2022 akan menerima tetikus wayarles, beg dan kredit Touch n Go eWallet bernilai RM120.

    Acer Veriton Vero Mini

    Acer Veriton Vero Mini adalah sebuah komputer desktop dengan faktor bentuk satu liter sahaja. Komputer ini turut dibuat daripada PCR sebanyak 25% dan dibungkus dalam kotak yang boleh dikitar semula.

    Ia mempunyai berat 1.3kg dan rekaan VESA Mountable yang memudahkan pengguna mencari tempat letak ideal di atas meja. Spesifikasi dalamannya terdiri dripada cipset Intel Core i5 generasi ke-12, RAM 8GB, storan SSD M.2 256GB dan turut mempunyai ruang M.2 dan DDR4 untuk mengembangkan memori mengikut keperluan pengguna.

    Acer Veriton Vero Mini akan dijual di Malaysia pada harga RM3,299.

    Acer Veritron Vero All-In-One (AIO)

    Acer Veritron Vero AIO adalah sebuah monitor yang turut mempunyai komponen komputer di dalamnya. Seperti produk lain dalam siri Vero AIO, ia terdiri daripada bahan PCR sebanyak 30% dan turut didatangkan dengan papan kekunci dan tetikus yang dibuat daripada bahan sama.

    Skrinnya mempunyai panel LED berukuran 23.8 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080) dan kecerahan 250 nits. Untuk penyelenggaraan dan penaiktarafan yang mudah, penutup belakang komputer ini tidak mempunyai skru dan mudah dialihkan.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Intel Core i5 generasi ke-12, RAM 8GB dan storan SSD M.2 512GB. Ia turut mempunyai pengimbas inframerah (IR) untuk pengecaman muka dan teknologi pintar bersepadu Tobii Aware yang dikaburkan secara automatik apabila pengguna beralih tempat atau mengunci skrin.

    Acer Veritron Vero AIO akan dijual di Malaysia pada harga RM4,599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Microsoft umumkan pelaburan ~RM10.5 bilion untuk tingkatkan teknologi AI dan “cloud” dalam Malaysia

    Dalam acara Microsoft Build: AI Day yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengumumkan bahawa syarikat teknologi...

    Siri HUAWEI Pura 70 kini boleh ditempah di Malaysia, harga bermula RM3,699

    Hari ini, HUAWEI Malaysia membuat pengumuman mengejut mengenai harga dan ketersediaan Siri HUAWEI Pura 70. Dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia, tempahan Pura...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X