More

    Instagram gunakan koleksi digital untuk NFT

    Hari ini, Meta mengumumkan bahawa plaform Instagram mereka menyokong sambungan dompet dengan Coinbase Wallet dan Dapper serta keupayaan untuk menyiarkan koleksi digital yang dicetak pada Flow blockchain.

    Pengguna perlu menyambungkan dompet digital anda ke Instagram melalui dompet pihak ketiga termasuk Rainbow, MetaMask, Trust Wallet, Coinbase Wallet dan Dapper Wallet yang akan hadir tidak lama lagi. Blockchain yang disokong buat masa ini termasuk Ethereum, Polygon dan Flow. Tiada bayaran akan dikenakan untuk menyiarkan atau berkongsi koleksi digital di Instagram.

    Pencipta menggunakan teknologi baharu seperti NFT (Non-fungible Token) untuk mengambil lebih kawalan ke atas kerja, hubungan dengan peminat dan mengembangkan pendapatan. Meta mula menguji koleksi digital dengan segelintir pencipta dan pengumpul Amerika Syarikat (AS) yang akan dapat berkongsi NFT di Instagram yang telah mereka cipta atau beli. 

    Antara ciri-ciri yang dinyatakan termasuk:

    • Menyambung dompet digital: Setelah disambungkan, pencipta dan pengumpul akan mempunyai keupayaan untuk memilih NFT yang mana daripada dompet mereka yang ingin mereka kongsi di Instagram
    • Berkongsi koleksi digital: Setelah pencipta atau pengumpul menyiarkan koleksi digital, ia akan mempunyai kesan berkilauan (shimmer effect) dan memaparkan maklumat awam seperti perihalan NFT. Siaran juga akan kelihatan pada profil mereka
    • Penandaan automatik kedua-dua pencipta dan pengumpul: Pencipta dan pengumpul boleh dikaitkan secara automatik dalam siaran koleksi digital (tertakluk pada tetapan privasi mereka)

    Menurut Meta, mereka mengumpul dan menyusun data awam daripada blok-blok terbuka seperti Ethereum untuk menyediakan ciri ini. Melalui data blockchain awam pula, mereka mengenal pasti koleksi yang dimiliki oleh pengumpul dan pencipta apabila mereka menyambungkan dompet pihak ketiga mereka ke Instagram. 

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Meta

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured