More

    66 menara telko bakal dibina di Terengganu menjelang 2023

    Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Terengganu, Dr Mamad Puteh mengumumkan negeri Terengganu akan mempunyai 66 menara telekomunikasi baharu yang akan mula beroperasi pada tahun depan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). 

    Dr Mamad menjelaskan bahawa dua syarikat telah ditugaskan dalam membina kesemua 66 menara telekomunikasi di negeri tersebut di mana 46 menara akan dibina oleh Theta Telecoms Sdn Bhd manakala 20 lagi oleh Felda FGV Prodata. Selain itu, liputan 4G negeri di kawasan berpenduduk juga dijangka meningkat kepada 97.26 peratus menjelang akhir tahun ini.

    Projek itu adalah usaha kerajaan pusat dengan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau memuji impak positif JENDELA dalam sambungan digital dan liputan 4G terhadapa kawasan berpenduduk.

    Tambahan lagi, program itu akan membolehkan 100 peratus isi rumah di Terengganu mendapat perkhidmatan internet yang lebih baik menjelang akhir 2025. Suku kedua tahun ini memberikan pencapaian 96.59 peratus bagi liputan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk dan dijangka akan meningkat kepada 97.26 peratus menjelang akhir 2022.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured