More

    Maxis bakal terima pembayaran melalui Apple Pay tidak lama lagi

    Baru-baru ini terdapat laporan mengenai Shopee mungkin menambah pilihan untuk pengguna di Malaysia untuk membuat pembelian melalui Apple Pay. Kini, kaedah pembayaran melalui Apple Pay akan dilancarkan kepada peniaga tidak lama lagi. Yang terbaharu ialah syarikat telekomunikasi Maxis di mana terdapat tanda bayaran yang didakwa dipamerkan di salah satu pusatnya menunjukkan bahawa Apple Pay kini diterima di sana.

    Dikongsi oleh pengguna di Twitter, gambar tersebut menunjukkan tanda bayaran di atas meja dengan slogan ‘Apple Play accepted here’ didakwa diambil di Pusat Maxis di Sri Muda, Shah Alam. Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Maxis masih belum mengumumkan sebarang maklumat berhubung pengenalan Apple Pay sebagai kaedah pembayaran.

    Tambahan pula, Apple Pay tidak tersedia secara rasmi di Malaysia walaupun telah diperkenalkan oleh gergasi teknologi itu di rantau lain sejak 2014. Namun, memandangkan Shopee dan kini Maxis didakwa telah menunjukkan penerimaan kaedah pembayaran dalam masa terdekat, Apple Pay mungkin akan tiba di negara kita tidak lama lagi.

    Malah, Apple Pay juga membuat kemunculan di platform AmBank secara tidak sengaja baru-baru ini yang hanya menguatkan teori ini. Ia masih kekal sebagai khabar angin dan kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada Maxis.

    Apa pendapat anda tentang Apple Pay di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured